Connect with us

Oh! Media

“Kata Perkahwinan Tak Sah, Anak Kami Tak Sah Taraf” – Isu Lama Tular Semula, Aeril Zafrel Pilih Memaafkan

Family aeril zafrel

Oh! Artis

“Kata Perkahwinan Tak Sah, Anak Kami Tak Sah Taraf” – Isu Lama Tular Semula, Aeril Zafrel Pilih Memaafkan

Walaupun perkahwinan dengan Wawa pernah dipertikai, Aeril Zafrel memilih untuk memaafkan semua.

Di Thread, tular semula rakaman sidang media memaparkan pelakon Aeril Zafrel bersama isterinya Wawa Zainal di awal perkahwinan mereka.

Dalam video itu, dapat dilihat para wartawan mempersoalkan perkahwinan Aeril dan Wawa yang ketika itu pernah mencetuskan kontroversi.

Kontroversi menyebabkan Aeril dan Wawa tertekan

View on Threads

Tampil memberi respon kepada isu lama itu, Aeril mengakui dia dan Wawa pernah melalui fasa yang sangat berat susulan dakwaan yang dilemparkan terhadap perkahwinan mereka.

IKLAN

Menurut Aeril, antara perkara yang paling memberi kesan apabila ada pihak mendakwa perkahwinan mereka tidak sah, malah status anak mereka turut dipersoalkan.

Mana Zubir ni sekarang ya? Honestly lepas isu ni saya dengan Wawa hari-hari depresion. Mana taknya diaorang kata perkahwinan kami tak sah, anak kami tak sah taraf. Alhamdulillah Allah masih jaga lagi perkahwinan kami ni.

Luahan itu membuatkan ramai tersentuh kerana di sebalik kehidupan bahagia yang dilihat hari ini, pasangan tersebut rupanya pernah melalui tekanan yang cukup besar satu ketika dahulu.

Pilih untuk memaafkan

Kredit Thread Aeril Zafrel

Walaupun isu tersebut pernah meninggalkan kesan mendalam, Aeril dalam hantaran susulan memaklumkan perkara itu sudah lama berlalu.

Malah, dia berkata mereka sudah memaafkan semua pihak yang pernah terlibat dalam kontroversi berkenaan.

Pssttt! Apa pun, sikap Aeril dan Wawa yang memilih untuk memaafkan semua pihak wajar dipuji. Semoga rumah tangga mereka terus dilindungi dan kekal bahagia sampai bila-bila.

Kredit: Thread Aeril Zafrel
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas