Oh! Artis
“Kesian Anak Tu, Kecil-Kecil Lagi Nak Kena Ikut Jadual” – Abby Abadi
Abby Abadi luah pandangan isu anak jadi mangsa perceraian.
Di tengah isu hangat melibatkan hak penjagaan dan lawatan anak yang sedang diperkatakan ramai, satu perkongsian di Threads oleh selebriti Abby Abadi mencuri perhatian netizen.
Dalam hantaran itu, Abby meluahkan pendapatnya dan pengalaman yang pernah dilaluinya ketika berpisah dengan Norman Hakim dulu.
“Tak perlu berebut, sampai jadi isu besar”
Menurut Abby, apabila ibu bapa bercerai dan ada anak lebih-lebih lagi perempuan, lebih baik anak itu dijaga oleh ibu atau dijaga bersama-sama.
Pelakon Gerak Khas ini berkata, ibu bapa tidak perlu berebut-rebut sehingga menjadi isu besar. Apa yang patut menjadi keutamaan adalah anak yang masih kecil.

Tambah Abby, anak kecil tidak sepatutnya menjadi ‘mangsa keadaan’ apabila terpaksa berulang-alik mengikut jadual antara ibu dan bapa.
Kongsi pengalaman sendiri lepas bercerai

Lebih menyentuh hati, Abby turut berkongsi pengalaman peribadinya yang pernah melalui fasa perceraian.
Syukur sangat waktu saya bercerai dulu anak-anak memang tiada siapa yang berebut nak jaga. Saya ambil tanggungjawab penuh jaga anak-anak saya tapi bekas tu boleh jumpa ikut masa dia. Dah besar masing-masing akan ada kehidupan sendiri. Mak ayah pun kena teruskan hidup macam biasa.
Dalam masa sama, Abby menegaskan bahawa tanggungjawab nafkah tetap perlu diberikan, namun kebijaksanaan ibu dalam membesarkan anak juga memainkan peranan penting.
Pssttt! Bila melibatkan anak, memang tiada keputusan yang mudah. Tapi satu perkara yang pasti, kebajikan dan emosi anak perlu jadi keutamaan, bukan ego atau perselisihan antara ibu bapa. Harapnya setiap keputusan dibuat dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.
Kredit: Thread Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM