Oh! Artis
“Saya Akan Live Lepas Tadarrus” – Betty Rahmad Bersuara Isu Didakwa Kurang Ajar, Pekik Staf Di Celebfest
“Kau siapa? Artis?” – Seorang lelaki mendakwa Betty Rahmad memekik stafnya dan biadap.
Pempengaruh dan usahawan, Betty Rahmad baru-baru ini didakwa bersikap kurang ajar ketika berada di Celebfest Singapura.
Menerusi hantaran viral, seorang peniaga lelaki mendakwa Betty telah memekik pekerjanya ketika ingin membeli barangan.
Betty Rahmad didakwa kurang ajar dengan pekerja
Dakwa lelaki itu lagi, sebelum ini dia juga pernah melalui pengalaman kurang baik dengan kakak Betty sendiri iaitu Erma Fatima.
Dakwanya, sebelum ini Erma bersikap biadap dan kali ini Betty Rahmad pula. Biar betul?
“Selepas tadarus saya akan jelaskan semuanya” – Betty
Menjawab kepada dakwaan tersebut, Betty menerusi satu hantaran di TikTok berkata dia baru sahaja sampai di tanah air.
Selepas berehat dan selesai urusan, dia akan tampil bersiaran langsung menjelaskan perkara sebenar.

Betty berkata, terpulang jika ada netizen yang mahu percaya dengan tuduhan tersebut tetapi siapa yang mengenalinya pasti tahu bagaimana sikapnya.
Pssttt! Dalam isu ni, lebih baik kita dengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum menghakimi seseorang. Boleh jadi juga ada salah faham yang berlaku.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.