Connect with us

Oh! Media

Betty Rahmad Tak Setuju Dengan Cikgu Ayu, Pelanggan Bayar Untuk Makan Bukan Dengar Budak Menangis

betty rahmad ulas isu cikgu ayu

Trending

Betty Rahmad Tak Setuju Dengan Cikgu Ayu, Pelanggan Bayar Untuk Makan Bukan Dengar Budak Menangis

Selebriti, Betty Rahmad tak setuju dengan cadangan pempengaruh TikTok, Cikgu Ayu supaya pelanggan yang tak selesa dengan suasana bising budak menangis untuk bungkus dan makan di rumah sahaja.

ADVERTISEMENT

Menurut Betty, jika ibu bapa dah tahu anak jenis meragam, ibu bapa haruslah menyediakan mainan untuk mengalihkan perhatian mereka.

Selain itu, ibu bapa boleh bawa keluar anak dan menenangkan ‘mood’ mereka sebelum masuk semula ke dalam kedai dan teruskan makan.

Betty Rahmad tak setuju dengan Cikgu Ayu

@bettyrahmadali #stitch with @Cikgu Ayu Empire Kita tak boleh pentingkan diri sendiri✌️ #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen

Betty Rahmad yang merupakan usahawan ini berkata, orang lain juga ada hak untuk mendapat suasana makan yang selesa memandangkan mereka juga bayar.

Saya ada anak kecil juga. Saya tak setuju langsung akak cakap kalau tak suka bising makan dekat rumah. Saya rasa mak bapak yang ada anak kuat meragam suka menangis dekat luar ni yang patut makan kat rumah.

Tambahnya lagi, dia pun akan sakit hati kalau ibu bapa buat ‘don’t know’ dan biar je anak menangis sedangkan orang lain terganggu.

Terdahulu, influencer TikTok dikenali sebagai Cikgu Ayu menerima kecaman netizen gara-gara meluahkan rasa tak puas hati berkaitan isu anaknya mendapat renungan tajam di restoran gara-gara meragam.

Menerusi satu luahan video, Cikgu Ayu berkata pelanggan lain tak perlulah beri pandangan serong hanya kerana tak selesa mendengar budak-budak menangis.

Influencer TikTok ini juga mencadangkan pelanggan lain bungkus sahaja makanan dan makan di rumah untuk persekitaran senyap.

BACA: Influencer TikTok Tak Puas Hati Anak Kena Tenung Sebab Meragam Di Kedai Makan

Kredit: TikTok Betty Rahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas