Oh! Artis
Pelakon Terkenal Didakwa 2 Tahun Tak Bayar Sewa, Tuduh Tuan Rumah ‘Terdesak’ Bila Minta Bayaran
Pelakon terkenal didakwa 2 tahun tak bayar sewa rumah.
Kecoh di media sosial apabila seorang individu mendakwa seorang pelakon filem dan drama terkenal gagal membayar sewa selama dua tahun.
Lebih mengejutkan, pelakon itu dikatakan menuduh pemilik rumah sebagai ‘terdesak’ apabila diminta menjelaskan bayaran tertunggak.
Perkongsian tersebut segera menarik perhatian netizen, apatah lagi apabila individu berkenaan mendakwa sudah menanggung kerugian besar termasuk kos baik pulih rumah yang rosak.
Dakwa rumah rosak, kos baik pulih cecah ribuan ringgit
Menerusi luahan dimuat naik, tuan rumah itu mendakwa telah menyediakan kediaman yang baik untuk penyewa terbabit.
Namun selepas dua tahun diduduki, keadaan rumah dikatakan rosak teruk sehingga memerlukan perbelanjaan ribuan ringgit untuk dibaiki.

Turut dikongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan pemilik rumah beberapa kali bertanya tentang bayaran sewa.
Namun, jawapan yang diterima mengecewakan.

Difahamkan, penyewa tersebut telah pun keluar dari rumah berkenaan, namun tunggakan sewa selama dua tahun masih belum dilunaskan.



Pemilik rumah turut menjelaskan bahawa penyewa sudah pun meninggalkan kediaman tersebut.
Di ruangan komen, ramai netizen menegaskan bahawa menyewa rumah adalah komitmen tetap yang perlu dibayar setiap bulan tanpa alasan.
Ada juga yang menyarankan agar tindakan lebih tegas diambil sekiranya bayaran tidak dijelaskan.
Pssttt! Dalam hal menyewa, kontrak dan komitmen bukan perkara kecil. Jika benar dakwaan ini, dua tahun bukan tempoh yang singkat untuk menangguhkan bayaran. Sama ada artis atau orang biasa, amanah tetap amanah. Harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini secara profesional tanpa terus memanjangkan konflik di media sosial.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM