Connect with us

Oh! Media

Nadia Brian Tepis Tuduhan Bercinta Kerana Kekayaan Boss Ned

ohmedia nadia brian boss ned

Trending

Nadia Brian Tepis Tuduhan Bercinta Kerana Kekayaan Boss Ned

Nadia Brian tampil menepis dakwaan bercinta dengan Nedim Nazri kerana harta.

Pelakon, Nadia Brian tampil menepis dakwaan kononnya status dan kekayaan menjadi faktor utama dia menjalinkan hubungan cinta bersama usahawan Nedim Nazri.

Menurut laporan mStar, Nadia menegaskan dirinya sudah lama berdikari dan mampu menyara kehidupan sendiri termasuk keluarganya tanpa bergantung kepada mana-mana lelaki.

“Saya cari duit sendiri” – Nadia Brian

ohmedia nadia brian boss ned

Menurut Nadia, dakwaan yang dilemparkan netizen itu adalah tidak berasas dan jauh menyimpang daripada realiti sebenar kehidupannya.

IKLAN

Itu tidak benar. Sebelum dengan Nedim lagipun, saya sara kehidupan saya sendiri dan keluarga. itu semua tuduhan tidak berasas. saya memang cari duit sendiri.

Saya bukan jenis yang bermewah-mewahan. Saya kenal dia bukan sebab harta, keluarga pun merestui hubungan ini.

Hubungan dengan Boss Ned sebab serasi

ohmedia boss ned nadia brian

Tambah pelakon itu lagi, hubungan yang terjalin antara mereka adalah berasaskan keserasian dan keikhlasan, bukannya faktor material seperti yang diperkatakan segelintir warganet.

Kenyataan tersebut sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan netizen mengenai motif sebenar hubungan cinta mereka.

Pssttt! Dalam soal cinta, jangan cepat menghukum dari luaran semata-mata. Setiap hubungan ada cerita dan perjuangan tersendiri yang tidak semua orang tahu.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas