Connect with us

Oh! Media

Level Up Pengalaman Gaming, Dapatkan Laptop Berkuasa AI Intel® Core™ Ultra Pada Harga Cukup Berbaloi!

Branded

Level Up Pengalaman Gaming, Dapatkan Laptop Berkuasa AI Intel® Core™ Ultra Pada Harga Cukup Berbaloi!

Nak masuk tahun baru ni, tak kan korang masih pakai PC gaming sama je. Apa kata korang level up sikit dan tukar kepada PC atau komputer riba baru, dengan pemprosesan yang lebih padu!

Apa? Tak tahu nak cari yang macam mana? Haa, sebab itulah kami nak kongsi dengan korang yang Intel dan NB Plaza Online tengah buat Jualan Akhir Tahun Intel Gaming Glory! 

Ini bukan sale biasa-biasa tau, inilah masanya untuk korang miliki laptop atau PC gaming dan kreatif berkuasa AI dengan diskaun yang cukup tak masuk akal! Kenapa AI? Baca sampai habis kalau nak tahu kenapa.

Best Out Of The Best, PC Berkuasa AI Bagi Lagi Pengalaman Lebih Padu! 

Teknologi AI sekarang ni bukan lagi satu benda asing, senang cerita hampir semua peranti kini menggunakan teknologi ini. 

Tak ketinggalan, teknologi ini juga dah integrate dalam Pemprosesan Intel® Core™ Ultra, di mana pemproses ini dilengkapi dengan CPU, GPU dan NPU yang bersatu, memberikan pecutan AI atas peranti yang lebih padu! 

Jadi, apa kelebihan AI dalam pemprosesan ni? 

Pengalaman korang main game akan jadi lagi smooth, di mana performance gaming akan sampai ke tahap 2.3 kali lebih pantas! Fuhh, upscaling berkuasa AI ini memastikan visual tetap lancar tanpa memberi kesan pada kuasa bateri. 

Bukan itu saja, PC AI yang menggunakan Pemprosesan Intel® Core™ Ultra boleh tolong korang urus kerja dengan lebih mudah seperti draft emel, susun kalendar, atau guna pembantu AI untuk coding dan menulis dengan lebih pantas. 

Paling best, dengan AI, kreativiti korang tak terbatas sebab korang boleh jimat masa dengan prestasi 63% lebih baik untuk tugas kreatif seperti penyuntingan video, remix lagu, generate imej dari teks dan enhance gambar atau video dengan beberapa klik saja. Bestkan?

Senang cerita, PC AI Intel® ni sangat reliable dan efisien! Sesuai untuk korang yang sedang bekerja, masih belajar atau memang kaki gaming! 

Add To Cart Sekarang Pilihan Laptop Yang Tengah Sale

Haa, korang mesti macam tak tahu nak cari laptop apa yang sesuai dengan keperluan korang kan? Jangan risau, ini antara highlight beberapa model panas yang ada dalam promosi! 

1. Acer Nitro V 15 ANV15-52-7287

Korang tengoklah, harga memang tak rileks, dari RM4,999, korang boleh dapat RM4,309! Jimat RM690, banyak tu! 

Laptop ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel® Core™ 7 240H yang berupaya untuk membuatkan multitasking lebih lancar, gaming dan video lebih smooth tanpa tersekat. 

Bukan itu saja, ia juga mempunyai prestasi maksima dengan DDR5, RAM terkini untuk komputer riba, menawarkan kelajuan lebih pantas, jalur lebar lebih tinggi, dan penggunaan kuasa lebih rendah. 

Terdapat juga Grafik RTX™ 4050 dikuasakan oleh AI, yang berkelajuan tinggi dengan visual yang cukup memukau, serta paparan 15.6″ 165Hz SlimBezel FHD IPS untuk kadar segar semula tinggi, kecerahan, dan ketepatan warna yang lebih baik.

Ia turut dilengkapi dengan Acer PurifiedVoice™, audio lanjutan didorong AI yang mengurangkan hingar latar belakang dan Acer PurifiedView™ untuk auto framing, background blur lanjutan, pembetulan pandangan (gaze correction). 

Laptop ini juga menyediakan Acer NitroSense™ untuk menyelaraskan tetapan prestasi bagi memastikan komputer riba kekal sejuk dan efisien semasa gameplay atau ketika multitasking.

Jangan risau, pre-installed Microsoft Office Home & Student 2024 dan Microsoft 365 Basic sudah ada pada laptop ini. 

2. ASUS V16 V3607V-URP205WS

Untuk korang yang memang kaki gaming, ASUS V16 V3607V-URP205WS ni adalah salah satu laptop yang terbaik untuk korang! 

Dikuasakan oleh Pemprosesan Intel® Core™ 5 210H, ia boleh mengendalikan gaming serta kerja-kerja kreatif visual dengan sangat padu! 

Dengan adanya RTX™ 4050, korang tak perlu risau tentang laging, sebab RTX™ 4050 mempunyai kelajuan tinggi tanpa memberi kesan haba melampau pada laptop. 

Ia juga mempunyai paparan 16″ FHD 144 Hz + nisbah skrin-ke-badan 89%, gameplay yang sangat lancar dan realistik, barulah seronok nak main game!

Paling penting, ianya mudah alih dan tahan lasak, mengikut standard ketenteraan ultra yang boleh dipercayai. 

Dengan harga hanya RM3,729 (harga asal RM3,999), ianya memang berbaloi dimiliki, dan siap ada pre-installed Microsoft Office Home & Student 2024 serta Microsoft 365 Basic lagi. 

3. HP Victus 15-fa2320TX

Untuk korang yang memang gilakan grafik yang gempak, korang memang wajib dapatkan HP Victus 15-fa2320TX ni! 

Bayangkan, laptop ini menggunakan GPU RTX™ 5060 siri 50 terkini yang dikuasakan oleh NVIDIA® Blackwell, visual dia jangan cakaplah, memang next level dengan kelajuan yang tak masuk akal! Nak edit video atau render grafik, semua jadi smooth!

Selain itu, ia juga dikuasakan oleh Intel® Core™ i7-13620H, kuasa desktop dalam satu pakej mudah alih, terbaik dalam kesalinghubungan dengan reka bentuk yang cukup sleek.

Skrin pun mantap dengan paparan 15.6″ FHD 144Hz FHD anti-silau, mengurangkan lag yang mengecewakan dan image ghosting.

Menerusi promosi ini, korang boleh dapat pada harga RM5,299 (harga asal RM5,999) siap ada pre-installed Microsoft Office Home & Student 2024 dan Microsoft 365 Basic.

Baucar Istimewa Untuk Kaki Game Di Luar Sana!

Bukan setakat bagi korang kepuasan pada prestasi pemprosesan dan promosi tak masuk akal je tau, malah mereka juga nak bagi korang baucar yang cukup lumayan! Bestnya!

Rebut peluang ini sekarang dan dapatkan baucar lumayan untuk komputer riba berkuasa Intel® dari Acer, ASUS, HP, Lenovo dan MSI, mengikut peringkat pemprosesan berikut:

Pemprosesan Intel® Core™ 3/i3: Baucar GrabFood RM50

Pemprosesan Intel® Core™ 5/i5/7/i7 | Core™ Ultra 5/7: Baucar GrabFood RM100

Pemprosesan Intel® Core™ 9/i9 | Core™ Ultra 9: Baucar GrabFood RM150

EXTRA! Korang juga akan terima Montigo Thermos Flask Eksklusif secara PERCUMA untuk pembelian model terpilih! 

Cara nak tebus baucar ini? Kacang! Ikut saja langkah mudah di bawah: 

Langkah 1: beli komputer riba gaming jenama terpilih yang dikuasakan oleh pemprosesan Intel® Core™ dalam satu invois

Langkah 2: hantar invois dan butiran DI SINI

Langkah 3: selepas pengesahan, korang akan menerima pengesahan daripada Talian Hotline AM SNS Network melalui WhatsApp di +6012 978 7616

Pautan baucar akan dihantar melalui WhatsApp dan thermos flask akan dihantar melalui kurier ke alamat yang dinyatakan.

Senang kan? Psst, promosi ini sah sehingga 31 Disember 2025 dan penebusan baucar dan hadiah ni sangat terhad tau, jadi cepat rebut sekarang! 

Kalau korang nak dapatkan komputer riba yang bagus, jangan lupa dapatkan di NB Plaza, atau untuk info lebih lanjut, hubungi Talian Hotline SNS Network melalui WhatsApp di +6012 978 7616. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas