Connect with us

Oh! Media

Laptop Korang Perform Teruks? Ini Pemproses Terbaik Yang Ramai Tak Tahu!

Branded

Laptop Korang Perform Teruks? Ini Pemproses Terbaik Yang Ramai Tak Tahu!

Bila masuk dunia pekerjaan, penggunaan PC atau laptop ni sangat penting terutama untuk mereka yang perlu bekerja di mana sahaja tak kira tempat dan masa betul tak? 

Selain itu, bila dah penat bekerja, semestinya kita perlukan masa untuk diri sendiri dengan bermain video game atau binge-watch drama. Siapa dekat sini buat dua perkara ni, kita memang boleh geng! 

Namun, apa yang membuatkan mood terus spoil apabila menggunakan laptop atau PC adalah apabila ia menjadi perlahan atau lag lagi-lagi bila kita tengah dalam situasi yang terdesak. Fuhh, sakit hati wei! Tapi apa solusi yang terbaik untuk masalah ni?

Bertukarlah Kepada Intel® Core™ Processor Untuk Pengalaman Lebih Baik!

Untuk korang yang belum tahu, pemproses Intel® Core™ adalah antara pemproses terbaik untuk prestasi dan pengalaman yang lebih lancar dan memudahkan tau. 

Menariknya, peranti Intel® Evo™ yang menggunakan Windows 11 mempunyai reka bentuk nipis dan ringan yang melangkaui prestasi, dapat bersambung ke telefon sedia ada serta memilih sambungan Wi-Fi atau 5G terbaik dengan jangka hayat bateri bertahan jauh lebih lama.

Selain itu, ia juga memberikan pengalaman hiburan yang lebih premium yang mana korang boleh strim, cipta dan mainkan pada tahap tertinggi dengan ciri peneraju industri seni bina hibrid terkini daripada Intel® yang dijalankan pada Windows 11. Mantaplah!

Haa, itu baru kami cerita secara dasar tau! Kalau korang nak tahu apakah antara ciri-ciri dan manfaat pemproses Intel® Core™ ni, jom kami kongsikan!

Lebih Banyak Kerja Siap Dalam Satu Masa Dengan Intel® Evo™ Platform Dikuasakan Pada Windows 11

Dengan ciri baharu daripada Windows 11 serta kuasa dan reka bentuk yang responsif oleh Intel® Evo™, ia dapat menyelesaikan kerja-kerja harian dengan lebih cepat. 

Siapa yang bekerja sebagai penyunting, memang sesuai sangat untuk menggunakan pemproses Intel® sebab ia dapat menyunting foto dan video 3 kali ganda lebih cepat walaupun korang buka pelbagai aplikasi dalam satu masa. Pergh, lajunya!

Lagi best, kalau korang selalu alami masalah susah untuk hubungkan WiFi rumah dengan laptop atau PC, pemproses Intel® ini dapat membantu sebab ia mempunyai Intel® Wi-Fi 6/6E (Gig+) yang berkelajuan hampir tiga kali ganda lebih pantas. Macam ni barulah cun!

Pengalaman Main Video Game Lebih Mengujakan Dengan Intel Gaming CPU Dikuasakan Dengan Windows 11

Siapa kaki game dekat luar sana, ciri ini khas untuk korang sebab korang boleh bermain permainan generasi baru dan klasik kegemaran korang dengan pencahayaan yang lebih baik!

Dengan cahaya semula jadi untuk dunia permainan, DirectX 12 raytracing dapat membantu untuk merangsangkan cara cahaya bertindak dalam realiti, membenarkan pantulan, bayang-bayang dan pembiasan dalam permainan korang tau! Macam ni baru seronok!

Selain itu, dengan Windows 11, korang juga boleh menggunakan Auto HDR untuk membuka lebih banyak warna untuk pengalaman yang lebih sinematik serta korang boleh pertingkatkan sesi permainan dengan menggunakan Game Bar. 

Bukan itu saja, korang boleh alami permainan game dengan lebih baik menggunakan peranti, seperti stereng dan pedal untuk permainan perlumbaan, set kepala VR dan sebagainya. 

Semua Dalam Satu, Peranti Moden Windows 11 Yang Dikuasakan Intel® Memudahkan Lebih Banyak Urusan!

Dengan Windows 11, banyak aplikasi dan alatan yang sama boleh ditemui dalam peranti Intel Modern yang mana pelbagai tetapan dan dasar keselamatan sama boleh digunakan pada peranti Windows 11 yang lain, termasuk PC dan dapat melindungi data dan privasi korang. 

Menariknya, korang juga boleh menggunakan Windows Autopilot dengan penggunaan sifar sentuhan untuk mendaftarkan peranti Windows dalam Microsoft Intune, selain daripada menggunakan aplikasi lain seperti Azure Virtual Desktop dan Windows 365 pada peranti Windows 11.

Nikmati Tawaran Hebat Sempena Intel Festive Month! 

Sekarang korang dah tahu kan apakah antara kelebihan menggunakan pemproses Intel® ni? Jadi, korang dah boleh start bertukar kepada laptop atau PC yang menyokong pemproses Intel® atau dapatkan sendiri pemproses Intel® ni!

Alang-alang tu, kami ada berita gembira nak share dengan korang yang mana kini korang boleh dapatkan pelbagai tawaran hebat daripada Intel® tau! Seriuslah?

Sempena Intel Festive Month ni, korang kini boleh nikmati pelbagai promosi hebat antaranya seperti pakej hadiah percuma ShieldCare 1-Year Extended Warranty (Waranti Lanjutan 1 Tahun), pendrive USB, Bluetooth soundbar dan *1TB hardisk untuk pembelian peranti Intel® terpilih. Wow! 

Bukan itu saja, korang juga dapat nikmati lebih banyak tawaran menarik dengan hadir ke Intel Festive Day yang bertempat di Intel Powered Store di Pavilion Bukit Jalil pada 29 dan 30 Jun ini! 

Antara tawaran yang korang boleh nikmati pada Intel Festive Day ni adalah:

– PERCUMA Baucar Hadiah Grab bernilai RM500 untuk pemproses Intel® Core™ i7 dan i9

– Sure-Win Lucky Draw Spinning yang mana korang boleh bawa pulang sama ada powerbank, pengecas wayarles, pembesar suara mudah alih dan banyak lagi dengan membeli peranti yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i3 dan i5

– Sebuah Kerusi TT Racing Gaming akan diberikan kepada seorang pemenang untuk setiap pembelian model yang dikuasakan dengan pemproses Intel® Core™ i3, i5, i7 dan i9

– Doorgift terhad dengan penyertaan di media sosial seperti LIKE dan SHARE

Wah, banyak betul tawaran sempena Intel Festive Month ni! Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat ajak kawan-kawan korang untuk meriahkan festival ini! 

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial SNS di Facebook atau Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas