Connect with us

Oh! Media

Kes Kematian Pelatih Palapes UTM Diklasifikasi Sebagai Bunuh

Ohmedia palapes

Trending

Kes Kematian Pelatih Palapes UTM Diklasifikasi Sebagai Bunuh

Sebelum ini, ibu pelatih palapes Syamsul Haris memohon kubur anaknya digali semula.

Tragedi menimpa pelatih Palapes UTM, Syamsul Haris terus membuka persoalan baharu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematiannya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Memetik laporan Kosmo!, perkembangan ini selepas laporan siasatan PDRM dibentangkan kepada AGC dan menimbulkan keperluan untuk siasatan lebih mendalam.

Di sebalik kesedihan keluarga, keputusan mahkamah untuk menggali semula kubur Syamsul Haris turut menambahkan debaran orang ramai yang mengikuti kes ini dari awal.

IKLAN

AGC arah kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302

Haris 2

AGC dalam kenyataannya berkata, dapatan terbaharu itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM.

AGC setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil laporan siasatan tersebut, jabatan ini telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 untuk siasatan selanjutnya oleh pihak PDRM.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan kubur Syamsul Haris Shamsudin digali semula selepas permohonan dibuat oleh ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Pelatih Palapes Utm

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan agar bedah siasat kedua dijalankan.

Ummu Haiman juga memohon agar satu inkues dijalankan untuk menyiasat punca kematian anaknya.

Ummu Haiman tidak yakin punca kematian anak sulungnya itu disebabkan sawan seperti dimaklumkan. Dia percaya anaknya itu dibelasah, dipukul dan didera hingga meninggal dunia ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor, pada 28 Julai lalu.

Pssttt! Perkembangan baharu ini semestinya mengundang sebak, terutama buat keluarga Allahyarham yang masih mencari jawapan. Semoga siasatan yang lebih telus dan terperinci dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada Syamsul Haris serta keluarganya.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas