Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Bakal Larang Akaun Media Sosial Untuk Individu Bawah 16 Tahun

Ohmedia fahmi Fadzil

Trending

Kerajaan Bakal Larang Akaun Media Sosial Untuk Individu Bawah 16 Tahun

Kerajaan umum larangan akaun media sosial untuk bawah 16 tahun bermula tahun depan. eKYC diwajibkan untuk daftar akaun baharu.

Kerajaan bakal melaksanakan larangan pendaftaran akaun media sosial bagi rakyat Malaysia berumur bawah 16 tahun bermula tahun depan kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut laporan Sinar Harian, langkah ini dibuat untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di alam maya, terutama dengan peningkatan kes penipuan, pemerdagangan data, serta kandungan berbahaya yang kian mudah diakses.

eKYC akan diwajibkan, tiada lagi akaun palsu daftar suka-suka

Ekyc

Menurut Fahmi, semua platform media sosial dijangka melaksanakan pengesahan identiti elektronik (eKYC) pada tahun depan.

IKLAN

Kita jangka semua penyedia platform bersedia melaksanakan eKYC menjelang tahun depan.

Pendaftaran akaun baharu selepas ini perlu menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID, sekali gus menyukarkan kanak-kanak bawah umur untuk membuat akaun secara bebas.

Negara lain pun buat, Malaysia ikut jejak Australia

Media Sosial

Fahmi turut memaklumkan bahawa Australia akan mula melaksanakan had umur media sosial bulan depan dan perkembangan itu akan dipantau rapat.

Negara lain mungkin mempunyai pendekatan masing-masing dan kita akan menelitinya.

Langkah ini juga selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Ibu bapa harus beri peranan

Media Sosial

Setakat ini, Fahmi menggesa ibu bapa untuk menggalakkan aktiviti luar, bukan hanya hiburan skrin, memantau penggunaan gajet anak-anak dan mengelakkan pendedahan awal kepada media sosial yang boleh mempengaruhi perkembangan mental dan emosi.

Pada Oktober lalu, kabinet memutuskan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial daripada 13 tahun kepada 16 tahun, menjadikan Malaysia antara negara yang mengambil pendekatan tegas dalam isu keselamatan digital kanak-kanak.

Pssttt! Teknologi boleh bantu, tapi keselamatan anak-anak tetap bermula di rumah. Pantau, bimbing dan jadilah contoh terbaik kerana dunia digital tak pernah tidur.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas