Connect with us

Oh! Media

Uqasha Rupa-Rupanya Dah Banyak Kali Beri Peluang Kepada Kamal Tapi Disia-Siakan

Ohmedia uqasha Senrose

Oh! Artis

Uqasha Rupa-Rupanya Dah Banyak Kali Beri Peluang Kepada Kamal Tapi Disia-Siakan

Uqasha Senrose nekad bercerai selepas empat tahun cuba selamatkan rumah tangga dengan Kamal Adli.

Pelakon Uqasha Senrose akhirnya membuka mulut memaklumkan konflik rumahtangganya sebenarnya sudah berlanjutan beberapa tahun.

Menurut Uqasha, dia hanya mampu bertahan selama empat tahun sahaja selepas Kamal Adli tidak membuat sebarang usaha untuk memperbaiki hubungan.

Uqasha sudah libatkan kedua-dua keluarga untuk pertahankan rumahtangga

Uqasha Senrose

Memetik laporan HibGlam, Uqasha berkata, dia sendiri sudah berusaha namun usahanya tidak dihargai.

IKLAN

Malah, dia telah memberikan peluang kepada Kamal untuk memperbaiki keadaan tetapi tiada sebarang perubahan berlaku.

Uqasha turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dalam usaha menyelamatkan perkahwinan itu.

Saya sudah berusaha untuk perbaiki rumah tangga ini, cuba sedaya upaya saya. Malah saya sudah berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami. Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal.

Tambahnya lagi, keputusan untuk berpisah dibuat selepas mempertimbangkan kesan terhadap dirinya dan anak.

Setelah dipersiakan, saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah.

Peguam syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan bahawa kedua-dua pihak akan menghadiri sesi perbincangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.

Pssttt! Nampaknya, keputusan Uqasha ini bukan dibuat secara tergesa-gesa, tetapi setelah bertahun-tahun berusaha mempertahankan rumah tangga. Kadangkala, berundur adalah langkah terbaik apabila segala usaha sudah tidak lagi bermakna.

Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas