Oh! Negara
Pakar Tanpa Tauliah Diiktiraf Selepas Pindaan Undang-Undang
Pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan beri pengiktirafan kepada pakar tanpa sijil melalui latihan modular dan laluan TVET fleksibel.
Di sebuah bengkel yang sibuk sejak pagi hingga ke petang, ada seorang mekanik yang sudah lima belas tahun bekerja di situ.
Orang luar nampak dia seperti pekerja biasa, baju berminyak dan tangan bergris tetapi untuk bengkel itu dialah nadi yang memastikan semuanya bergerak lancar.
Apabila enjin kereta pelanggan tiba-tiba mati, dia yang dipanggil. Apabila kereta pelik masuk dengan masalah yang tak masuk akal, bos akan minta dia melihatnya dulu.
Apabila pekerja baru kebingungan dengan mesin diagnostik, dia akan mengajar langkah demi langkah dengan penuh sabar.

Dia kenal benar setiap bunyi model kereta. Kadang-kala cukup lima saat untuk dia teka apa yang rosak. Ada masanya, bos sendiri menunggu dia datang sebelum berani memberi sebarang janji kepada pelanggan.
Apabila dia bercuti walau sehari, suasana bengkel berubah. Kerja jadi perlahan dan staf lain mula panik. Semua orang sedar betapa besar peranan yang dia mainkan.
Hakikatnya, dia sudah lama berada pada tahap pakar. Cuma kepakaran itu tidak pernah mendapat pengiktirafan.
Dii sinilah Pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan memberi pengiktirafan kepada pakar tanpa tauliah ini.
Apa itu Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan?
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan merupakan payung besar yang mengurus:
- Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM)
- Pentauliahan Pusat Latihan TVET
- Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS)
- Kualiti Latihan Kemahiran Negara
Pindaan RUU yang sedang dilaksanakan kerajaan bertujuan menaik taraf sistem TVET supaya lebih fleksibel, bernilai dan sesuai untuk orang bekerja.
Apa yang akan berubah melalui pindaan ini?

1. Latihan modular & micro-credential
Ini perubahan terbesar. Latihan jadi lebih pendek, lebih fleksibel dan boleh diambil sambil bekerja.
Siap satu modul → dapat sijil.
Kumpul modul → naik tahap.
Tak perlu tinggalkan kerja berbulan-bulan.
2. Pengiktirafan sijil kemahiran dinaik taraf
Laluan SKM disusun semula agar boleh sampai ke tahap pakar. Ini menaikkan nilai sijil kemahiran. Bukan lagi dianggap pilihan kedua.
3. Pusat latihan lebih dipantau ketat
Hanya pusat bertauliah dan berkualiti dibenarkan. Ini elakkan rakyat daripada membazir masa dengan kursus tidak diiktiraf.
Siapa yang akan rasa perubahan ini dulu?
- Pekerja kilang/industri: kepakaran mereka akan diiktiraf melalui pengalaman bekerja
- Pemandu e-hailing atau p-hailing: boleh ambil modul pendek untuk masuk kerja teknikal yang stabil
- Peniaga kecil: boleh dapat sijil diiktiraf untuk dapatkan lesen & kontrak lebih besar
- Belia lepasan sekolah: TVET jadi laluan jelas, bukan jalan belakang
- Majikan: lebih mudah cari pekerja kemahiran sebenar melalui modul tertentu
Apa yang orang boleh buat sekarang?
- Semak pusat latihan bertauliah berdekatan.
- Pilih 1 modul ringkas dulu, ikut masa & kemampuan.
- Kumpul modul untuk naik tahap lebih tinggi.
- Ikuti perkembangan RUU Pindaan Akta 652 supaya tidak terlepas peluang baharu.
Intinya
Ramai orang Malaysia bukan tak mahu berubah. Mereka cuma perlukan sistem yang lebih mudah, cepat dan boleh diikuti tanpa menjejaskan periuk nasi.
Dengan latihan modular, laluan TVET yang lebih bernilai dan pusat latihan yang lebih berkualiti, RUU Pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan membuka ruang untuk pekerja biasa naik taraf hidup dengan cara paling realistik.
Kadang-kadang, perubahan hidup bukan bermula dengan langkah besar. Cuma satu modul, satu sijil…dan harapan yang kembali menyala.
Pssttt! Inisiatif ini patut dipuji kerana ia bukan sekadar mengiktiraf sijil, tetapi menghargai pengalaman dan bakat sebenar rakyat Malaysia yang bekerja keras selama ini.
Kredit: Instagram scheekeong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM