Oh! Artis
“Yang Kata Fie Tak Suap Anak Tu Tahu Ke Teknik Ni?” – Dr. Fie Ajar Anak Makan Sendiri
Dr. Fie kongsi pengalaman ajar anak makan sendiri sejak enam bulan guna konsep baby-led weaning.
Bekas isteri Nubhan, Dr. Fie Tawfek mendedahkan tentang cara mendidik anaknya untuk belajar makan sendiri sejak usia enam bulan.
Dalam perkongsian di akaun Thread miliknya, beliau menceritakan bagaimana proses menjadi seorang ibu tidak selalu datang secara semula jadi, tetapi memerlukan kesabaran dan keinginan untuk belajar.

Dia menemui keseimbangan melalui cara tradisional dan moden yang diaplikasinya untuk mendidik anak.
Dr. Fie turut menjelaskan bahawa dia mula memperkenalkan konsep baby-led weaning kepada anaknya untuk menggalakkan kemahiran berdikari sejak kecil.

Tambah beliau lagi, konsep tersebut membolehkan anak-anak belajar cara mengurus diri sendiri sambil memberi ibu bapa peluang memahami keperluan anak secara lebih mendalam.
Pssttt! Perkongsian Dr. Fie ini sememangnya membuka mata ramai ibu bapa bahawa setiap gaya keibubapaan tidak semestinya sama, asalkan dilakukan dengan penuh kasih dan kesedaran. Apa yang penting, anak-anak dibimbing untuk menjadi lebih berdikari sejak awal usia mereka.
Kredit: Threads Dr. Fie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM