Oh! Lifestyle
Tak Perlu Tunduk, Terus Sarung Dan Lari! Skechers Lancar Kasut Larian Baharu Hands Free Slip-ins: Max Run
Pergh memang macam tak pakai apa-apa! Boleh cuci pakai mesin lagi.
Kalau dulu nak berlari kena buka tali kasut, ikat semula dan betulkan tumit, tapi kini tak perlu susah-susah lagi!
Skechers baru je memperkenalkan Hands Free Slip-ins: Max Run, kasut larian paling mudah dan selesa untuk korang yang suka gaya hidup pantas tapi mementingkan prestasi.
Kasut larian yang faham gaya hidup zaman sekarang

Selain itu, koleksi terbaru ini tampil dengan gaya moden dan teknologi terkini yang sesuai untuk kegunaan lelaki serta wanita yang aktif.
Bayangkan, korang cuma perlu slip in dan terus boleh mula berlari tanpa perlu tunduk langsung! Memang sesuai untuk mereka yang sentiasa on-the-go.

Umum sedia maklum, Skechers memang terkenal dengan teknologi keselesaan mereka dan kali ni, mereka buktikan lagi kenapa gelaran The Comfort Technology Company memang layak.
Bahagian Heel Pillow pada kasut ni direka khas untuk ‘mengunci’ tumit agar tak mudah longgar walaupun dipakai tanpa tali.

Bila dah sarung, kaki rasa kemas dan stabil, tapi masih ringan macam tak pakai apa-apa. Dalamannya pula dilengkapi dengan Air-Cooled Goga Mat, sejenis insole yang lembut tapi berpantul tinggi.
Bila korang melangkah, setiap tapak terasa empuk dan nyaman. Tambah lagi dengan ULTRA LIGHT midsole dan Soft Stride sockbed, hasilnya setiap langkah rasa lancar dari mula sampai ke garisan penamat.
Boleh cuci mesin lagi!

Satu lagi kelebihan besar kasut ini adalah ianya boleh dicuci mesin! Jadi kalau balik dari joging kena hujan pun, tak ada masalah.
Selain tu, tapak Goodyear Rubber Outsole bagi cengkaman kuat, sama ada korang berlari di jalan tar, taman basah atau trek berbatu.
Sementara, M-Strike technology bantu langkah jadi lebih stabil dan efisien, membuatkan setiap larian rasa ringan dan semula jadi.
Jom dapatkan sekarang!


Harga bermula dari RM439 dan korang boleh mendapatkan koleksi Skechers Hands Free Slip-ins: Max Run ni di butik-butik Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre. Kalau malas nak keluar, boleh terus beli secara online di Skechers.com.my.
Pssttt! Kasut ni bukan sekadar untuk pelari tegar tapi juga untuk sesiapa yang nak gaya hidup lebih mudah dan pantas. Slip in, lari dan nikmati keselesaan tanpa kompromi. Kalau korang suka teknologi dan gaya, ini memang kasut wajib cuba tahun ni!
Kredit: Skechers
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM