Oh! Tidak
Impian Ke London Musnah, Empat Anak Muda Diperangkap Jadi Keldai Dadah RM8.3 Juta
Empat anak muda ditahan selepas terpedaya tawaran kerja di TikTok, disyaki jadi keldai dadah bernilai RM8.3 juta.
Pasti seronok membayangkan dapat bercuti ke London, tetapi siapa sangka impian itu bertukar menjadi mimpi ngeri.
Lapor Harian Metro, dua pasangan kekasih ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas disyaki menjadi keldai dadah.
Tiket ke Singapura bongkar penipuan licik
Rampasan kali ini bukan calang-calang, ianya melibatkan 68 bungkus kanabis bernilai RM8.3 juta yang ditemui dalam empat beg besar milik mereka.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dadah berkenaan dipercayai cuba diseludup ke London menggunakan taktik meninggalkan bagasi di lapangan terbang sebelum diambil oleh pasangan terbabit.
Dilaporkan, kegiatan mereka terbongkar apabila salah seorang daripada suspek berasa tidak sedap hati apabila mendapati tiket penerbangan ke Singapura bukannya London seperti yang dijanjikan.
Suspek mahu membatalkan penerbangan dan meminta beg yang sudah didaftarkan dikeluarkan semula.
Hasil imbasan ke atas bagasi tersebut menemui dadah jenis kanabis dan susulan itu membawa kepada penahanan pasangan itu serta satu lagi pasangan yang turut mendaftar masuk sebelum ini
Difahamkan, keempat-empat mereka menaiki bas dari Johor ke Pulau Pinang dan sempat menginap di beberapa lokasi sebelum berlepas ke destinasi yang dijanjikan.
Terpedaya dengan tawaran kerja di TikTok

Siasatan mendapati kesemua suspek bukanlah penjenayah tegar. Seorang bekerja di sektor minyak dan gas, dua lagi sebagai pemandu e-hailing, manakala seorang lagi bekerja sendiri.
Apa yang menyedihkan, mereka semua dikatakan terpedaya dengan tawaran kerja melalui aplikasi TikTok yang menjanjikan upah lumayan antara RM8,000 hingga RM11,000 untuk membawa ‘barangan’ ke luar negara.
Hasil semakan turut mendapati kesemua suspek baru pertama kali membuat pasport dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes kini diserahkan kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pssttt! Dunia sekarang penuh dengan tawaran manis yang boleh bertukar racun. Jangan cepat percaya bila nampak kerja senang tapi gaji luar biasa, silap langkah, bukan ke London jadinya, tapi ke lokap.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM