CEO Huawei, Richard Yu ada memberitahu bahawa syarikat terbabit ada membangunkan sistem operasi sendiri sebagai pelan sandaran sekiranya Amerika membuat apa-apa keputusan yang akan menjatuhkannya beberapa bulan lepas.
Hari ini dunia digemparkan apabila lesen Android Huawei ditarik oleh Google menjadikan peranti-peranti yang bakal keluar ‘cacat’ tanpa perisian dari Google seperti Play Store. Walaubagaimanapun, hari ini juga Huawei Central mendedahkan bahawa Huawei sememangnya ada membangun sistem pengoperasian sendiri yang dikenali sebagai ‘Hongmeng’ yang sudah bermula sejak 2012 dan sudah pun menggunakannya tetapi disebalik tabir.
Menurut Huawei Central, itu hanya nama kod yang berkait dengan sistem berkenaan. Nama sebenar bagi sistem pengoperasian ini belum dapat dipastikan lagi.
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.