
Oh! Artis
“Tempat Tu Memang Berhantu” – Syada Amzah Kongsi Pengalaman Seram Di Lokasi Sama Amad Rebah
Syada Amzah dakwa dewan MBSS memang berhantu dan pernah diganggu semasa Big Stage 2.
Lepas kejadian penyanyi remaja Amad rebah di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penyanyi Syada Amzah pula tampil berkongsi pengalaman peribadi yang agak menyeramkan di lokasi sama.
BACA: “Bapa Tiri Amad Call Tanya Pasal Ustaz” – Shuib Tak Nafi Wujud Unsur Mistik
“No Wonder, The Place Is Haunted”
Menerusi perkongsian di Threads, Syada menulis bahawa dia tidak terkejut apabila mendengar insiden yang berlaku, kerana dia sendiri pernah merasakan suasana pelik di MBSA sebelum ini.

Tambahnya lagi, perasaan seram itu bukan sekadar khabar angin kerana dia sendiri pernah merasainya walaupun hanya hadir sebagai penonton.
Saya masuk situ even sebagai penonton, especially dekat backstage. Segala bulu roma berdiri.
Syada turut mengimbas kembali pengalamannya semasa menyertai Big Stage 2, apabila dia mendakwa ternampak sesuatu yang menyeramkan semasa berada di belakang pentas sebelum persembahan bermula.
During my time in Big Stage 2, ‘benda’ tu betul-betul atas kepala saya, tengok tepat ke mata saya. Saya ingat lagi malam tu sebab itu juga malam saya tersingkir.
Perkongsian Syada ini membuatkan ramai netizen seram sejuk, lebih-lebih lagi selepas Shuib turut mengaitkan kemungkinan unsur mistik dalam kejadian Amad rebah baru-baru ini.
Pssttt! Kalau betul tempat tu memang ‘keras’, tak hairanlah ramai artis cakap pernah rasa lain macam bila perform dekat MBSA. Huhu!
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
