Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung di dalam sangkar menggunakan sepucuk pistol sekiranya tidak menyebut “baby sayang”, mendapat kecaman dari Mira Filzah sendiri. Mira Filzah menyatakan bahawa perkara ini benda paling bodoh yang beliau pernah tengok.

Setelah pihak polis serta PERHILITAN dapat laporan mengenainya, lelaki berkenaan kini menjadi buruan. Dua kertas siasatan mengikut Seksyen 29 Akta Senjata Api 1960, penggunaan senjata api pada tempat yang tidak dibenarkan serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan, khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan
Dalam masa yang sama, pihak PERHILITAN menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan agar tampil menghubungi mereka dengan kadar segera bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan aduan di laman sesawang rasmi jabatan itu di http://www.wildlife.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat PERHILITAN di talian 03-90866800.
Oh!Media: Nasihat kami, nak famous boleh, tapi bukan dengan mencederakan binatang. Banyak lagi cara kalau nak famous cepat. Contohnya macam sertai rancangan realiti tv.
Sumber: Berita Harian
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.