Connect with us

Oh! Media

Butang Baju Melayu Dengan Logo PDRM? Boleh Ke?!

image2b252822529jpg

Umum

Butang Baju Melayu Dengan Logo PDRM? Boleh Ke?!

Tular semalam mengenai gambar butang baju melayu dengan logo PDRM di media sosial. Walaubagaimanapun, butang baju melayu berkenaan tidak dijual untuk orang awam. Tindakan undang-undang termasuk membatalkan permit perniagaan boleh dikenakan terhadap individu yang menjual butang baju Melayu logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang awam.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada anggota polis termasuk polis bantuan, kadet polis, Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dengan menunjukkan kad sijil pelantikan.
Katanya, penjual perlu mencatatkan butiran pembeli menerusi buku daftar jualan sebagai bukti butang berkenaan tidak dijual kepada orang awam kerana khuatir akan timbul penjualan secara terbuka yang boleh mengundang perlakuan jenayah.
Proses ini tidak dapat dilakukan sekiranya penjualan dibuat dalam talian, malah kesahihan status pembeli dan kad kuasa yang ditunjukkan secara dalam talian juga tidak dapat dipastikan, tambahnya lagi.
Oh!Media: Nasihat kami pada peniaga butang baju melayu diluar sana, terutama yang menjual butang baju melayu dengan logo PDRM, sila ikuti arahan yang telah di nyatakan di dalam artikel diatas supaya tidak mendapat susah di kemudian hari.


Sumber: Bernama
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN
Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas