Connect with us

Oh! Media

Bergson ‘Raja Gol’ Baharu Liga Super

Bergson Raja Gol

Oh! Arena

Bergson ‘Raja Gol’ Baharu Liga Super

Bermula sebagai pemain pinjaman, kini disanjung sebagai legenda Harimau Selatan.

Sejarah tercipta di bumi Johor apabila Bergson Da Silva kini diangkat sebagai penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman. Bergson mencipta rekod baharu itu ketika membantu Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Sabah FC 8-0 selepas membuat hatrik bergaya.

Kejayaan itu sekaligus mengangkat jumlah jaringannya kepada 109 gol mengatasi rekod terdahulu sebanyak 106 gol yang sekian lama dipegang oleh bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyudin.

Bergson Kini ‘Living Legend’ Liga Malaysia

Siapa menduga, seorang pemain import yang pada awalnya hadir membawa harapan sederhana, kini menjelma sebagai sosok legenda luar biasa. Penyerang kelahiran Brazil itu menyertai JDT pada Mac 2021 sebagai pemain pinjaman, selepas beberapa bulan kemudian beliau ditandatangani secara tetap.

IKLAN

Selain kegemilangan peribadi, Bergson juga telah membantu JDT memenangi pelbagai gelaran, termasuk Liga Super 4 kali, Piala Malaysia 3 kali dan Piala FA 3 kali.

Kontrak pemain berusia 34 tahun itu bersama JDT akan berakhir pada 31 Disember 2025. Sebelum ini, kontraknya yang tamat pada November 2022 telah diperbaharui. Namun, selepas tempoh tersebut, setakat ini masa depannya bersama kelab masih belum dapat dipastikan.

Tahniah Bergson! bermula sebagai pemain pinjaman kini legenda JDT.

Kredit: Johor Southern Tigers
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas