Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ada 4 Kes Rogol Ditahan Lagi, Kali Ini Perkosa Pelajar Kolej Dalam SUV Di Tepi Jalan

Ohmedia pelajar Kolej

Oh! Tidak

Lelaki Ada 4 Kes Rogol Ditahan Lagi, Kali Ini Perkosa Pelajar Kolej Dalam SUV Di Tepi Jalan

Pelajar kolej ada kes rogol pelajar bawah umur sekali lagi disiasat memperkosa.

Tidak serik-serik! Seorang lelaki sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat Johor selepas didakwa merogol seorang pelajar kolej pada Julai lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Hakim Mohd Laili yang baru berusia 20 tahun sebelum ini sudah berdepan empat pertuduhan berasingan berkaitan kes perkosa kanak-kanak bawah umur.

Kes berlaku dalam SUV

Lapor Harian Metro, tertuduh yang sedang menjalani latihan industri bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan baharu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

IKLAN
Pelajar Kolej

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang pelajar kolej berusia 20 tahun di dalam sebuah SUV yang diparkir di tepi jalan Parit Raja pada 27 Julai lalu, antara jam 11 malam hingga 1 pagi.

Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Tidak terhenti di situ, dia turut dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang sama di lokasi berkenaan. Pertuduhan kali ini dibawa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Ikat jamin RM10,000 dibenarkan

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM40,000, namun mahkamah hanya membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Remaja

Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan, menyerahkan pasport dan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa.

Kes ini akan disebut semula pada 16 Oktober depan untuk penyerahan dokumen.

Apa yang menambah perhatian, pada 18 Ogos lalu, tertuduh pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas empat pertuduhan merogol dan amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Dalam kes itu, dia juga mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM20,000 keseluruhan.

Pssttt! Kes ini sememangnya mengejutkan kerana melibatkan seorang pelajar muda yang sudah berkali-kali dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama. Jika sabit kesalahan, hukuman berat menanti dan semoga keadilan berpihak kepada mangsa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas