Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Dikir Barat Eda Ezrin Trauma, Nekad Tak Mahu Ke Thailand Lagi

Ohmedia eda ezrin suami bebas

Oh! Artis

Penyanyi Dikir Barat Eda Ezrin Trauma, Nekad Tak Mahu Ke Thailand Lagi

Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin luah rasa trauma.

Sejak dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat pada 6 Ogos lalu, penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin mengaku hidupnya berubah sepenuhnya.

BACA: Eda Ezrin Makin Cantik Dalam Penjara Thailand

Lapor Harian Metro, tempoh lebih sembilan bulan di sebalik tirai besi meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehingga Eda tekad tidak lagi menjejakkan kaki ke Thailand.

IKLAN

Tolak semua tawaran persembahan di Thailand

Eda Ezrin

Menurut Eda Ezrin lagi, sebelum ini dia kerap ke Thailand untuk urusan kerja. Namun, selepas apa yang dilaluinya, tawaran persembahan dari negara jiran itu tetap akan ditolak.

Sebelum ini pun, setiap kali berkunjung ke Thailand terutama Wilayah Narathiwat, saya hanya pergi untuk membuat persembahan sahaja. Saya bukan melancong semata-mata. Jika orang bertanya adakah saya akan pergi ke Thailand selepas apa yang berlaku, sudah tentu saya katakan tidak.

Sepanjang hampir setahun diuji dengan dugaan, Eda mengaku pengalaman itu membuka matanya tentang persahabatan.

Nak cari kawan memang ramai, namun nak mencari sahabat sejati adalah perkara paling susah. Bila kita berada di penjara, baru kita sedar siapa kawan atau siapa sahabat. Bila kita berada di fasa terendah, tiada kawan yang datang melawat. Bermula dari situ, saya belajar biar kawan sedikit, janji berkualiti. Malah, apa yang berlaku sehingga berada di penjara pun disebabkan kawan atas kawan.

Namun, di sebalik semua kepahitan, ada juga kenangan yang tak mungkin dilupakannya. Eda gembira menjadi bilal ketika solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri serta Aidiladha.

Pssttt! Semoga Eda terus kuat dan dapat bangkit semula dalam dunia seni tanpa trauma yang membelenggu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas