Oh! Tidak
Lelaki Ditahan Disyaki Rogol Bekas Isteri Berusia 18 Tahun
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol bekas isterinya dalam kejadian di Matang, Kuching.
Seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan polis selepas disyaki merogol bekas isterinya yang baru berumur 18 tahun. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 8 pagi, Jumaat lalu, di sebuah rumah di Matang, Kuching.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi memaklumkan bahawa tangkapan dibuat pada malam hari yang sama, sejurus selepas mangsa tampil membuat laporan polis.
Rakaman suara mangsa tular di media sosial…
Kes ini mula menarik perhatian ramai apabila satu rakaman suara berdurasi enam minit, dipercayai milik mangsa, mula tular di media sosial sejak hujung minggu lalu.
Ekoran daripada kejadian tersebut, Mahkamah Majistret Kuching telah membenarkan perintah reman selama tujuh hari ke atas suspek bermula hari ini, bagi membantu siasatan lanjut.
Menurut Superintendan Mohd Irwan, siasatan kini sedang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana kes masih dalam siasatan.
Pssttt! Ohmedia harap korang tak mudah percaya atau sebarkan spekulasi yang belum sahih di media sosial. Biarlah siasatan dijalankan dengan telus dan adil, demi keadilan untuk kedua-dua pihak. Kalau korang atau orang sekeliling hadapi situasi yang mencurigakan atau merbahaya, cepat-cepatlah buat laporan kepada pihak berkuasa, jangan tunggu lama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM