Umum
(Video) Juara Bertahan Kena Belasah Di Villa Park
Nasib malang menimpa juara bertahan EPL, Liverpool selepas dibelasah oleh Aston Villa 7-2 di Stadium Villa Park. Liverpool yang turun tanpa penjaga gol utama, Alisson nyata memberi kesan yang mendalam selepas dibolosi seawal minit ke-4 hasil kesilapan Adrian.
Walaubagaimanapun, Aston Villa terus menutup harapan Liverpool untuk mencuri 3 mata penuh selepas menjaringkan lagi 3 gol menerusi McGinn dan Watkins. Untuk pengetahuan korang, Watkins berjaya mencatat Hatrik dalam perlawanan ini.
Ayam tambatan Aston Villa, Jack Grealish meneruskan pesta gol tuan rumah selepas menyumbat lagi 2 gol untuk memastikan kemenangan besar Aston Villa dalam perlawanan ini.
+ Baca respon pembaca Juara Bertahan Kena Belasah Di Villa Park di Facebook Oh! Media

