Connect with us

Oh! Media

Hafiz Suip Dedah Sebab Ambil Keputusan Untuk Berpisah

Ohmedia hafiz Suip Cerai

Oh! Artis

Hafiz Suip Dedah Sebab Ambil Keputusan Untuk Berpisah

Hafiz Suip akui tiada lagi persefahaman dengan bekas isteri, sekali gus menutup ruang untuk rujuk semula.

Selepas sah bercerai talak satu, penyanyi terkenal iaitu Hafiz Suip tampil memberi bayangan bahawa tiada lagi ruang untuk kembali bersama bekas isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah.

Menurut laporan mStar, Hafiz mengakui tiada lagi persefahaman antara mereka meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga.

Persefahaman itu penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan adalah kami sudah tidak ada kesefahaman itu. Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik.

Hafiz Suip bukan buat keputusan terburu-buru

Hafiz Suip

Menurut Hafiz, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru. Malah, kedua-duanya sudah berusaha sehabis baik, namun tetap tidak menemui titik persefahaman.

IKLAN

Bercakap soal ruang (rujuk), perkara ini sudah pun selesai. Susah nak cakap sebab bila dah tak ada persefahaman ini kan?

Status bapa tunggal bukan perkara mudah

Hafiz Suip

Penyanyi lagu Bahagiaku Deritaku itu turut mengulas mengenai cabaran memegang status sebagai bapa tunggal, dan mengakui hanya kekuatan daripada Tuhan yang mampu membuatkan dia terus bertahan.

Bukan senang memegang status bapa tunggal. Dengar macam senang tetapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan saja yang tahu.

Pssttt! Kadangkala perpisahan bukan kerana benci, tapi kerana reda. Bila usaha sudah diberi sepenuh hati namun masih tidak sehaluan, mungkin itulah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas