Oh! Artis
DMA Islam Kata Orang Gemuk Dipandang Hina
DMA Islam dakwa masyarakat pandang hina orang gemuk, itu realiti.
Pempengaruh terkenal DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas satu video kenyataannya mengenai individu bertubuh besar tular di TikTok.
Dalam video tersebut, DMA secara terbuka menyatakan bahawa individu yang berbadan gempal, sama ada lelaki mahupun wanita, sering kali tidak mendapat penghormatan daripada masyarakat.
Orang yang gemuk ni, pertama sekali kau tak lawa dan kalau lelaki, kau tak handsome. Kemudian, kau tak dihormati.
Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang terkejut, ada yang tersentap, dan ada juga yang sebenarnya bersetuju dengan pandangan beliau.
DMA Islam kata, bukan hina, tapi realiti masyarakat hari ini…
Menurut DMA Islam, persepsi itu sebenarnya bukan bertujuan menghina, sebaliknya menggambarkan realiti bagaimana masyarakat memandang seseorang berdasarkan bentuk tubuh fizikal.
Dia menjelaskan bahawa layanan terhadap individu yang berbadan besar akan berubah sekiranya mereka kelihatan lebih cergas dan sihat.
Kalau awak gemuk dan awak fit, orang akan layan awak berbeza. Lelaki sama lelaki, dia akan layan orang gemuk berbeza berbanding dengan orang fit. Orang pandang kita ni hina kalau tak fit, orang tak hormat bila kita gemuk.
Tambahnya lagi, apabila seseorang itu berjaya berubah menjadi lebih cergas, mereka akan perasan sendiri layanan orang sekeliling juga turut berubah.
Tapi bila kita ubah daripada gemuk jadi fit, awak akan mula perasan orang layan awak lain.
Badan sado tak boleh dibeli, tapi perlu usaha…
DMA turut menegaskan bahawa memiliki tubuh yang sihat, cergas dan sasa bukan sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia memerlukan disiplin, komitmen dan usaha berterusan.
Disebabkan itu jugalah individu yang menjaga kesihatan fizikal sering kali dipandang tinggi, dihormati dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dilihat bersetuju dengan kenyataan DMA Islam. Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing apabila melalui fasa perubahan fizikal daripada gemuk kepada lebih sihat.
Ada yang akui layanan orang memang berbeza, lebih mesra dan hormat bila mereka kelihatan lebih sihat dan yakin dengan diri sendiri.
Pssttt! Tak dinafikan, kenyataan DMA Islam mungkin kedengaran kasar bagi sesetengah orang. Tapi kalau kita tengok betul-betul, mesej dia adalah tentang kesedaran kesihatan dan perubahan diri. Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal cara orang tengok kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita buat untuk diri sendiri.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM