Trending
Terkini Mengenai Rakaman Anggota Polis Kantoi Ajak Wanita ‘Check-In’
Tular video anggota polis berbual lucah dengan wanita di Instagram. PDRM siasat dan ambil tindakan segera!
Satu video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular di media sosial memperlihatkan seorang anggota polis terlibat dalam perbualan tidak sopan dengan seorang wanita di Instagram kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Menurut laporan Kosmo, siasatan telah dimulakan dan tindakan awal telah pun diambil terhadap anggota terbabit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail.
Anggota polis yang terlibat telah dikenal pasti dan dikeluarkan daripada penugasan sedia ada buat sementara waktu.
Anggota polis berkenaan disiasat di bawah dua Akta

Menurut Mohd. Azam, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan mengaibkan kesopanan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian.
Tindakan tatatertib dalaman terhadap anggota terbabit turut dijalankan secara selari.
PDRM seru orang ramai tampil bantu siasatan

Pihak polis turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.
Rakaman perbualan yang dimuat naik ke media sosial itu telah mencetuskan kecaman ramai netizen yang menganggap tindakan anggota polis berkenaan memalukan imej pasukan keselamatan.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM