Connect with us

Oh! Media

Starlink Tawar Harga Serendah RM129 Sebulan

Starlink

Oh! Geekz

Starlink Tawar Harga Serendah RM129 Sebulan

Starlink kini memperkenalkan pelan langganan baharu lebih murah, dikenali sebagai ‘Kediaman Lite’. Pelan ini menawarkan internet berasaskan satelit pada harga RM129 sebulan, jauh lebih rendah berbanding pelan asal yang mencecah RM220!

Menurut laporan Fuzz.my, pengguna bakal menikmati kelajuan antara 50 hingga 100 Mbps, cukup memadai untuk penggunaan harian seperti strim video, mesyuarat dalam talian dan media sosial.

Tapi, bukan semua orang boleh langgan

Starlink

Walaupun harganya menarik, ada syarat penting yang perlu anda tahu, pelan ini hanya ditawarkan di kawasan terpilih sahaja. Ini bermakna, tak semua pengguna di Malaysia akan dapat menikmati tawaran istimewa ini buat masa sekarang.

IKLAN

Sebagai perbandingan, pelan Kediaman biasa Starlink sebelum ini menawarkan kelajuan 150 hingga 250 Mbps pada harga RM220 sebulan.

Berminatlah, bagaimana nak langgan?

Starlink

Untuk info lanjut dan semakan kawasan liputan, pengguna boleh terus ke laman web rasmi Starlink. Pastikan kawasan kediaman anda termasuk dalam senarai sebelum membuat sebarang pendaftaran.

Pssttt! Harga murah memang menggoda, tapi pastikan kawasan rumah anda ada liputan sebelum melanggan. Jangan teruja dulu, semak dulu!

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas