Connect with us

Oh! Media

Keadaan Terkini Siti Jamumall Undang Sebak Netizen

Siti Jamumall

Trending

Keadaan Terkini Siti Jamumall Undang Sebak Netizen

Tular satu video menyentuh hati di media sosial apabila pempengaruh dan usahawan terkenal, Siti Jamumall, dilihat tertidur di kerusi rehat sebuah pusat membeli-belah.

Momen itu dirakam oleh rakan baiknya, Ayunie yang turut merupakan seorang pempengaruh. Menerusi Tiktok, Siti kelihatan terbaring keletihan di hadapan sebuah kedai barangan bayi.

Tadi nampak bibik je dekat tandas, tanya bibik dia mana puan. Dia kata Puan Siti tengah tunggu dekat depan kedai baby. Aku sampai-sampai, dia terlena dah.

Tengah sarat mengandung dan baru sahaja diceraikan

Img 5437

Menurut Ayunie, mereka berjanji untuk membeli barangan bayi bersama, namun dia tiba lewat dari waktu yang dijanjikan. Kasihan melihat keadaan Siti, yang kini sedang hamil dan baru diceraikan suaminya, Ayunie berikrar untuk sentiasa ada di sisi sahabatnya itu.

IKLAN

Tak apa lah, aku teman kau sampai kau bersalin.

Netizen tersentuh dan doakan Siti Jamumall kuat

Siti Jamumall

Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Siti yang kini menghadapi dugaan besar dalam hidupnya. Ramai mengakui mereka pernah berada dalam situasi yang sama ketika mengandung.

Mengandung memang penat. Pernah duduk dekat lantai AEON sementara mak beli barang dapur. Orang pandang je.

Dia stres, penat lagi. Letih aku dapat rasakan, kasihan dia. Kuat ya Siti untuk baby.

Beruntung Siti dapat kawan macam Ayunie, jadilah yang terbaik dan hargai dia.

Pssttt! Tak semua orang mampu senyum di depan bila hati sedang berperang dalam. Hargailah kawan yang setia waktu susah, dan jadilah insan yang sudi menghulur tangan ketika orang lain hampir rebah.

Kredit: Tiktok

Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas