Trending
Pelanggan Tegur Kek Pistachio Berkulat Cara Baik Undang Pujian Kieda Crepe
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe meluahkan rasa terharu apabila didatangi seorang pelanggan yang menegur kesilapan pihaknya dengan cara yang sangat berhemah, selepas membeli kek pistachio yang sudah berkulat.
Menerusi Tiktok, Kieda berkata yang kek tersebut baru dihantar ke kedainya dua hari lalu dan dia sendiri tidak menyedari masalah itu kerana produk masih kelihatan baru.
Dia nak makan, bukan dalam kereta tapi tengok-tengok dah berkulat.
Tegur dengan baik, dapat ganjaran lebih
Apa yang membuatkan Kieda lebih tersentuh adalah cara pelanggan itu datang semula kepadanya dengan penuh sopan untuk memaklumkan tentang keadaan kek tersebut.
Lepas tu dia datang dan cakap perlahan, ‘Kek ini dah berkulat tapi boleh tak nak tukar yang lain?
Sikap terpuji pelanggan itu membuatkan Kieda bukan sahaja menggantikan kek tersebut, malah menghadiahkan dua kek sebagai penghargaan.
Dia bayar satu kek tapi saya bagi dua. Cara dia tegur tu betul-betul ikhlas.
Kieda Crepe terbuka ditegur, asalkan berhemah

Dalam perkongsiannya di TikTok, Kieda turut menegaskan bahawa dia sangat terbuka untuk ditegur jika pelanggan berdepan masalah dengan produknya – asalkan dilakukan dengan cara yang baik dan beradab.
Tegurlah dengan cara yang berhemah. Kami bukan jenis makan duit orang macam tu saja.
Apa-apa tak kena, direct je dengan Kieda. Selagi ada resit dan bukti, kita boleh refund.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM