Trending
Netizen ‘Korek’ Video Lama Kieda Crepe, Dakwa Putar Belit Kenyataan
Usahawan viral, Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menjelaskan alasan di sebalik harga Tiramisu RM40 yang dijualnya.
Menerusi Tiktok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata yang kenaikan harga bahan mentah terutamanya mascarpone memaksa beliau menjual dengan harga tersebut.
Nak dapatkan yang ini pun (mascarpone) susah, ramai yang naikkan harga sebab dah macam ketul emas.
“Saya tak kata premium, saya kata mahal” – Kieda Crepe
Kieda turut menafikan pernah menyebut bahawa beliau menggunakan bahan-bahan premium, sebaliknya hanya mengakui bahan yang digunakan adalah mahal.
Saya tak kata atau sebut pun premium, saya kata mahal.
Namun kenyataan tersebut mengundang keraguan ramai apabila tular semula video lama yang menunjukkan Kieda pernah mengaku guna bahan premium.
Barang yang saya pakai semua barang premium.
Netizen kecam, tuduh putar belit kenyataan?
Ruangan komen di media sosial kini dibanjiri dengan kecaman terhadap Kieda, di mana netizen mendakwa beliau telah bercanggah kenyataan.
Dulu cakap premium, sekarang cakap mahal. Mana satu ni?
Kalau bahan mahal, jual mahal tak salah, tapi jangan ubah cerita!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM