Connect with us

Oh! Media

“Kepala Bana” – Aaron Aziz ‘Sound’ DMA Islam Hina Jurusan Masscom

Aaron Aziz

Oh! Artis

“Kepala Bana” – Aaron Aziz ‘Sound’ DMA Islam Hina Jurusan Masscom

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang influencer dikenali sebagai DMA Islam yang memperlekehkan beberapa jurusan di universiti.

DMA Islam berkata jurusan komunikasi media (masscom), jurusan teater dan muzik adalah program bodoh yang tiada hala tuju.

“Buang je nama Islam” – Aaron Aziz

Isu ini telah mengundang kemarahan orang ramai termasuk selebriti terkenal, Datuk Aaron Aziz.

IKLAN

Aaron dengan tegas kecewa dengan sikap individu itu yang mengutuk orang lain sesuka hati.

Aaron Aziz

Menurutnya, jika seseorang itu asyik merendah-rendahkan seni orang lain, lebih baik tinggalkan sahaja ‘Islam’ pada nama individu tersebut.

Aaron turut menegaskan bahawa industri Komunikasi Massa (Mass Comm) dan seni telah memainkan peranan besar dalam melonjakkan industri filem tempatan sehingga mencecah ratusan juta ringgit.

Justeru itu, beliau berpendapat bahawa tindakan menghina bidang tersebut adalah sangat tidak wajar.

“Kos albana” – DMA Islam

Walaupun teruk dikecam, pempengaruh ini langsung tidak meminta maaf malah tetap dengan pendiriannya menghina jurusan lain.

Pssttt! Hormati bidang orang lain, walau berbeza pandangan sekalipun. Janganlah terlalu cepat menghina kerana masing-masing ada fungsi tersendiri.

Kredit: Instagram Aaron Aziz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas