Connect with us

Oh! Media

Pemandu Nissan Navara Rempuh Suami Isteri Tutup Muka, Pakai Hoodie Dan Berseluar Pendek Tampil Di Mahkamah!

Pemandu Nissan Navara Mahkamah

Trending

Pemandu Nissan Navara Rempuh Suami Isteri Tutup Muka, Pakai Hoodie Dan Berseluar Pendek Tampil Di Mahkamah!

Seorang pemandu Nissan Navara yang tular selepas merempuh motosikal pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Duta, kini dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi ini.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh lelaki berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi diiringi anggota polis. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Suami isteri cedera parah akibat dirempuh

Img 4927

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang, pasangan suami isteri tersebut menaiki motosikal Benelli TRK 502 di lorong kiri lebuh raya sebelum dirempuh dari arah kanan oleh kenderaan pacuan empat roda dan perkara ini dikatakan sendiri kata ACP Mohd. Zamzuri Mohd. Isa dari JSPT Kuala Lumpur.

IKLAN

Motosikal mangsa sedang bergerak di lorong kiri sebelum dirempuh Nissan Navara yang cuba memotong sebuah lagi motosikal.

Akibat rempuhan, si suami berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka di buku lali, manakala isterinya, 49 tahun, cedera parah dengan pendarahan di kepala, patah rusuk dan buku lali.

Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.

Pemandu Nissan Navara tak cedera, buat laporan lewat

Screenshot 2025 05 11 173144

Pemandu Nissan Navara itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya tampil membuat laporan polis sekitar jam 6.55 petang, lebih empat jam selepas kejadian berlaku.

Dia kemudiannya ditahan reman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan tersebut

Pssttt! Sentiasa berhemah dan bertanggungjawab ketika memandu, terutama di lebuh raya. Jangan biarkan sikap tergopoh-gapah memusnahkan nyawa orang lain dan masa depan sendiri.

Kredit: Kosmo | Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas