Trending
“Founder Lain Yang Support B40, Tapi Jemput T20” – Netizen Puji Rumah Terbuka Mua Bellaz
Baru-baru ini, usahawan dan influencer terkenal Mua Bellaz telah menganjurkan majlis rumah terbukanya bersama suami, Mat Nuart.
BACA: Lepas Bagi Bantuan Banjir, Kini Mua Bellaz Belanja ‘Rider’ Isi Minyak ‘Full Tank’
Difahamkan ribuan tetamu hadir terdiri daripada penduduk kampung dan penyokong setia Mua Bellaz selama ini.
Rumah terbuka Mua Bellaz rai penduduk kampung dan followers
Dalam satu hantaran, wanita ini meluahkan rasa syukur majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tidak hujan.
Bellaz juga menjelaskan dia memang membuat majlis di kawasan kampung sahaja untuk memudahkan penduduk setempat serta para pengikut yang kurang berkemampuan untuk hadir.
Alhamdulillah Allah dengar doa mak kami yang tak berhenti doa-doa jangan hujan lagi dan Allah permudahkan segalanya ya Allah.
Majlis tersebut tidak hanya meriah dengan kehadiran ramai tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta jiran tetangga tetapi juga disajikan lebih 22 jenis makanan panas-panas. Dah macam bazar Ramadan!
Netizen puji usaha Mua Bellaz
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Bellaz untuk meraikan penduduk kampung dan pengikut media sosialnya.



Netizen berkata, Bellaz antara founder yang meraikan golongan B40 yang selama ini banyak menyokong perniagaannya.
Pssttt! Terharunya tengok orang kampung semua mai support rumah terbuka Bellaz. Dahlah makanan semua panas-panas dan sedap! Semoga murah rezeki berlipat kali ganda buat Bellaz dan keluarganya.
Kredit: TikTok Mua Bellaz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM