Connect with us

Oh! Media

Lepas Bagi Bantuan Banjir, Kini Mua Bellaz Belanja ‘Rider’ Isi Minyak ‘Full Tank’

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 30t113144979

Trending

Lepas Bagi Bantuan Banjir, Kini Mua Bellaz Belanja ‘Rider’ Isi Minyak ‘Full Tank’

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang usahawan dan jurusolek, MUA Bellaz telah membantu orang ramai dengan mengisi minyak motosikal mereka secara percuma.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok Bellaz, kelihatan ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran mereka untuk mengisi minyak.

@muabellaz

Alhamdulilahh 🤲🏻 Terima ksih semua yg support bisnes kecil bellaz @BELLAZ BEAUTY HQ ..dlam rezeki kita terselit rezeki org Lain ..semua happy snyum ..ada yg bgtau bellaz tdi lama xdh xmerasa minyak full tank 🥹 harini dpt dia kata srnok tahan lama sikit dia kata ..Alhmdulilah ..harini 500bji moto rider smua hampa Doakan bellaz boleh buat bntu lebih ramai lagi naa 🤲🏻

♬ Indah Rasa Bersyukur – Taya Tasya

Bellaz berkata dia cuba untuk meringankan beban orang ramai kerana mereka juga lah yang telah menyokong perniagaannya.

IKLAN

Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.

Semua gembira, tersenyum.

Ujarnya, seramai 500 orang penunggang motosikal yang telah menerima bantuan itu.

Ada yang beritahu saya tadi, sudah lama tak merasa isi minyak ‘full tank’. Hari ini dia dapat dan seronok kerana minyak dapat tahan lama sedikit.

Alhamdulillah, hari ini 500 buah motosikal. Penunggang semua, awak doakan saya boleh bantu ramai lagi.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian warga maya. Rata-rata daripada mereka mendoakan agar Bellaz terus dilimpahkan rezeki yang banyak.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 30t113144979

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @muabellaz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas