Connect with us

Oh! Media

Pandu BMW Dalam Keadaan Mabuk Hingga Ragut Nyawa Rider, Pemuda Mengaku Tak Bersalah!

bmw mabuk

Trending

Pandu BMW Dalam Keadaan Mabuk Hingga Ragut Nyawa Rider, Pemuda Mengaku Tak Bersalah!

Seorang pemuda berusia 25 tahun, Kok Zi Kang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas terlibat dalam kemalangan maut melibatkan seorang penghantar makanan.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian mangsa, Mohd. Taufik Ariff Sariff yang berusia 37 tahun.

Pandu BMW lebihi had alkohol?

copy of untitled design   2

Menurut pertuduhan, Kok Zi Kang didakwa memandu sebuah BMW 530i dengan kadar alkohol melebihi 26mg/100ml darah, yang melebihi had dibenarkan undang-undang.

IKLAN

Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2.10 pagi, 13 April lalu, di KM16, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, berhampiran Taman Desa Jaya.

Bukan tu jer, tertuduh juga berdepan tuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu yang bukan milik kenderaan dipandu. Kesalahan tersebut dikesan sekitar jam 4.30 pagi di Balai Polis Trafik IPD Seri Alam.

Jamin RM8,000 dan lesen digantung

img 3241

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000, tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Lebih tegas, lesen memandu tertuduh digantung serta-merta sehingga kes selesai. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei 2025.

Hargailah nyawa orang lain seperti mana kita mahu orang lain hargai nyawa kita. Jangan sesekali ambil ringan isu pemanduan dalam keadaan mabuk, satu detik cuai boleh jadi tragedi seumur hidup.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas