Connect with us

Oh! Media

“Dulu 20K, Sekarang Up 50K Sebab Gelaran Doktor” – Lelaki Serabut Fikir Nak Cancel Majlis Kahwin

ohmedia doktor

Oh! Tidak

“Dulu 20K, Sekarang Up 50K Sebab Gelaran Doktor” – Lelaki Serabut Fikir Nak Cancel Majlis Kahwin

Perkahwinan sepatutnya jadi permulaan bahagia, tapi berbeza pula bagi seorang lelaki ini apabila niat nak bernikah jadi serabut gara-gara hantaran yang makin melambung. Kisah ini dikongsinya menerusi ruang mesej kepada pengguna X, Mein.

Menurut lelaki tersebut, dia dan teman wanitanya sudah bercinta selama 10 tahun dan memang merancang untuk berkahwin tahun depan.

Dah 10 tahun couple, hantaran kahwin terlalu tinggi

photo 6323601867866751254 x

Tapi semuanya mula jadi rumit bila jumlah hantaran mula naik tanpa disangka. Jelasnya, bakal ibu mentua meletakkan hantaran tinggi dengan alasan anak tunggal.

IKLAN

Kemudian, hantaran dinaikkan lagi kepada RM30,000 dengan alasan anaknya kini bergelar doktor.

Total cecah RM50K, lelaki buntu nak cancel tapi dah booking

hantaran

Bukan setakat tu je, lelaki ini juga mengakui terpaksa menyediakan tambahan RM20,000 untuk satu majlis menjadikan keseluruhan kos mencecah RM50,000.

Buat satu majlis tapi aku kena keluarkan lagi RM20K so total 50K. Nak cancel tapi dah booking.

Perkongsian ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan.

Ramai berpendapat ibu bapa sepatutnya memudahkan urusan perkahwinan anak-anak bukan menambah tekanan.

Malah, netizen menasihatinya supaya berfikir sebelum meneruskan perkahwinan kerana boleh jadi ini adalah ‘rejection’ halus daripada keluarga bakal mentua.

#ApaKataOhmedia

Wahai ibu bapa, niat nak yang terbaik untuk anak memang mulia, tapi jangan sampai jadi beban kepada orang lain. Hantaran bukan ukuran kebahagiaan rumah tangga. Kalau permulaan pun dah penuh tekanan, macam mana nak bina keluarga yang tenang? Fikir-fikirkan.

Kredit: X
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas