Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Akui Masih Perlukan Masa Terima Sahabat Lama Jadi Ibu Tiri

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Shila Amzah Akui Masih Perlukan Masa Terima Sahabat Lama Jadi Ibu Tiri

Penyanyi, Shila Amzah mengakui masih memerlukan masa untuk menerima kehadiran ibu tiri dalam hidupnya.

Menurut laporan mStar, perkara itu terjadi lebih-lebih lagi kerana wanita itu pernah menjadi sahabatnya suatu ketika dahulu.

Shila Amzah belum bersedia dengan ibu tiri

Shila Amzah 1

Shila menegaskan bahawa hubungan dengan ayahnya, Datuk ND Lala tetap terjalin seperti biasa.

IKLAN

Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.

Masih terkejut dengan pilihan bapa

Isteri Kedua Nd Lala

Sebagai anak, Shila berlapang dada menerima takdir ibu bapanya yang kini mengikut haluan masing-masing.

Namun, dia tidak menafikan bahawa dia masih terkejut dengan pilihan baru bapanya.

Sejujurnya saya okay sebab cinta itu tidak boleh dipaksa. Kalau ibu bapa tidak bahagia, kenapa nak paksa demi anak-anak? Biarlah mereka cari bahagia masing-masing. Cuma saya terkejut dengan siapa pilihannya.

Dalam pada itu, Shila turut tersentuh apabila menyedari bahawa dia masih memiliki banyak foto kenangan bersama ibu tirinya dalam galeri telefonnya.

Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya.

#ApaKataOhmedia

Dalam kehidupan, kita tidak boleh mengawal pilihan orang lain, tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk menerimanya. Jangan terburu-buru, beri ruang dan masa untuk diri sendiri menyesuaikan keadaan.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas