Connect with us

Oh! Media

Anak Eizlan Yusof Terlibat Kemalangan

Umum

Anak Eizlan Yusof Terlibat Kemalangan

Pagi tadi telah berlaku satu kemalangan kenderaan melibatkan anak pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan ia nyatakan rasa syukurnya keratan anaknya Zareef Yusof, 9 tahun terselamat dalam kejadian itu.

Kemalangan berlaku ketika anaknya dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Sekinchan, Kuala Selangor pagi tadi yang ditemani ibu saudaranya untuk penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

“Apabila mendapat tahu Zareef kemalangan dan kereta yang dinaiki rosak teruk, saya terkejut serta risau.

IKLAN

“Tambahan pula, selepas mendapat tahu kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Saya tak boleh bayangkan apa yang mereka lalui. Luruh jantung dibuatnya. Alhamdulillah, Zareef dan ibu saudaranya selamat serta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Zareef sudah meneruskan kerja penggambaran mengikut jadual kerja produksi.

“Dia sudah menjalani semula penggambaran selepas pemeriksaan doktor. Memandangkan ia hari terakhir penggambaran, mereka selesaikan juga baki babak yang ada,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas