Oh! Islam
Kerajaan Mesir Sedia Bina Semula Palestin Sesingkat Mungkin
Kerajaan Mesir menyatakan kesediaan untuk membina semula Semenanjung Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin selepas kemusnahan akibat serangan Israel.
Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Pengairan Mesir, Hani Sewilam, dalam satu acara anjuran Kesatuan Jurutera Mesir.
Kerajaan Mesir tolak cadangan pemindahan rakyat Palestin

Menurut Sewilam, Mesir secara tegas menolak sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah mereka. Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan kerajaan Mesir telah menyatakan pendirian jelas bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik ini adalah dengan menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka yang merangkumi Gaza, Tebing Barat, dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Mesir juga telah mengemukakan cadangan pembinaan semula Gaza tanpa perlu memindahkan penduduk Palestin.
Mesir mampu dan miliki kepakaran untuk projek besar…

Sewilam juga menegaskan bahawa Mesir mempunyai puluhan ribu jurutera berkemahiran serta syarikat pembinaan utama yang mampu melaksanakan pelan pembinaan semula dengan kecekapan tinggi dalam masa yang singkat.
Namun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai butiran cadangan atau tarikh pengumuman rasmi projek ini.
Cadangan mengarut Trump ditolak…

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mencadangkan untuk mengambil alih Gaza dan menempatkan semula penduduknya bagi menjadikannya “Riviera Timur Tengah”.
Cadangan ini mendapat kecaman hebat dari dunia Arab dan banyak negara lain kerana disifatkan sebagai usaha pembersihan etnik.
#ApaKataOhmedia
Konflik di Gaza telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Dunia harus terus bersuara menentang kezaliman dan menuntut keadilan buat rakyat Palestin. Kerajaan kita juga dengan lantang bersuara dan menyatakan kesediaan untuk membangunkan semula Gaza.
Semoga usaha pembinaan semula Gaza dapat berjalan lancar dan memberikan harapan baru kepada mereka yang kehilangan segalanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM