Connect with us

Oh! Media

Huawei Mate 30 Pro, Tampil Dengan Susunan Kamera Yang Berbeza? Serius Lah?!

untitled 1png

Umum

Huawei Mate 30 Pro, Tampil Dengan Susunan Kamera Yang Berbeza? Serius Lah?!

Huawei Mate 30 Pro dikatakan bakal tampil dengan tetapan kamera ‘Quad’ iaitu empat atau lima lensa di bahagian belakang yang disusun secara menegak. Walaupun belum dilancarkan, namun beberapa laman web mendakwa menerima beberapa imej pelindung telefon berkenaan.
Berdasarkan imej berkenaan, pelindung telefon pintar itu mempunyai susunan kamera menegak dan bakal menampilkan empat lensa berlainan fungsi. Difahamkan bahawa Huawei akan melancarkan peranti itu pada suku keempat tahun ini tiada tatikh tetap diumumkan lagi.
Laman web berkenaan melaporkan bahawa beberapa imej pelindung telefon pintar itu diperoleh daripada bahagian pembuatan Huawei. Tidak dapat dipastikan sama ada Huawei Mate 30 Pro bakal menggunakan tetapan lensa ‘Quad’ ataupun lebih daripada bilangan berkenaan.
Berkemungkinan peranti berkenaan akan menggunakan pemproses Kirin 985 dengan sokongan rangkaian 5G dan skrin paparan jenis AMOLED. Jika dibandingkan dengan Huawei P30 Pro, kamera utama mampu menyokong 50 kali pembesaran digital dan lima kali pembesaran optik.
Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro juga bakal menampilkan padanan perkakasan terkini berbanding Huawei P30 Pro terutamanya fungsi kamera.
Sumber: MyMetro

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas