Connect with us

Oh! Media

Wardina Bengang Wartawan Heret Anak Zahnita Dalam Masalah Keluarga

Ohmedia wardina zahnita wartawan

Oh! Artis

Wardina Bengang Wartawan Heret Anak Zahnita Dalam Masalah Keluarga

Wardina dah bersuara tu… Masalah keluarga yang dihadapi pelakon dan model, Zahnita kembali menjadi tumpuan apabila anak dan ibu mentuanya ditemu bual pihak media.

Tindakan pihak media itu bagaimanapaun mendapat kritikan pelakon senior, Wardina Safiyyah yang kecewa terhadap komen-komen netizen yang disifatkan kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan, terutama terhadap anak sulung Zahnita.

โ€œJangan libatkan anak dalam isu ini!โ€- Wardina.

Ohmedia zahnita

Wardina menegaskan tindakan menemu bual anak Zahnita adalah sesuatu yang tidak wajar.

IKLAN

Saya rasa sangat tidak patut interview anak dia. Komen netizen terhadap anak Zahnita sangat kurang ajar.- Katanya tegas.

Beliau turut mengkritik tindakan wartawan yang mengajukan soalan kepada seorang kanak-kanak yang juga merupakan mangsa dalam situasi ini.

Dia tu budak. Awak tak sepatutnya exposed budak tu. Wartawan ni pun, korang kan ada etika kewartawanan. Jangan interview budak.- Tambahnya lagi.

โ€œMental budak tu pun kena jaga!โ€- Wardina.

Ohmedia zahnita Muay Thai

Wardina turut menzahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan mental anak sulung Zahnita yang kini menjadi tumpuan netizen.

Korang ingat dia tak baca ke komen-komen daripada korang semua? Habis mental health budak tu dah teruk hadap mak ayah dia berpisah, tambah lagi dengan komen korang.- Ujarnya dengan nada kecewa.

Wardina mengingatkan semua pihak bahawa anak-anak Zahnita tidak bersalah dan turut menjadi mangsa keadaan dalam konflik ini.

#OhmediaNasihat

Sebagai masyarakat, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak.

Jangan jadikan media sosial platform untuk menghakimi mangsa keadaan. Hormati perasaan mereka, kerana kesan psikologi boleh menghantui mereka seumur hidup.

Ohmedia wardina zahnita wartawan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalโ€”sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Popular Bulan Ini

Oh! Sembang Jerr - Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas