Oh! Artis
Intan Najuwa Dikritik Sebab Masih Pakai Kerusi Roda, Ini Respon Tuan Badan!
Baru sahaja melahirkan anak sulung pada 15 Disember lepas, pelakon jelita iaitu Datin Intan Najuwa menerima pelbagai komen yang kurang menyenangkan daripada netizen.
Semuanya bermula apabila Intan memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya menggunakan kerusi roda semasa menjalani pemeriksaan di hospital.
Perkara itu buatkan netizen mempersoalkan, siap ada yang bandingkan pengalaman mereka selepas bersalin.
Intan Najuwa jawab kecaman netizen
Tidak berdiam diri, Intan tampil menjelaskan situasi sebenar. Menurutnya, dia boleh berjalan tetapi memilih untuk menggunakan kerusi roda atas nasihat suami.
Takkan lah saya tak boleh jalan langsung. Dari bawah nak ke tempat check-up, jenuh nak berjalan. Suami saya suruh sebab dia risau isteri dia lari 100 meter.
Melalui Instagram Story, Intan turut menyatakan bahawa tubuhnya masih dalam proses pemulihan.
Dia juga terkejut dengan komen-komen negatif, terutamanya daripada kaum wanita.
Wanita seharusnya saling menyokong, bukannya menjatuhkan satu sama lain. Agak mengejutkan komen seperti itu datang daripada kaum ibu sendiri.
Selamat bergelar ibu

Untuk info, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf telah menimang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara. Bayi comel itu dilahirkan pada 15 Disember lalu dan menjadi pelengkap kebahagiaan pasangan ini.
#OhmediaNasihat
Setiap individu mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza. Bukannya mudah untuk seorang wanita melalui tempoh pemulihan selepas melahirkan. Jadi, apa salahnya kita sebagai masyarakat memberikan sokongan moral, bukannya kritikan?
Semoga Intan dan semua ibu di luar sana terus kuat melalui fasa ini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Intan Najuwa
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM