Oh! Artis
“Tetaplah Menjadi Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain” – Jep Sepahtu
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu, baru-baru ini menarik perhatian warganet dengan hantaran terbaharunya di Instagram.
Dalam hantaran itu, Jep dilihat bergambar dengan anggota Sepahtu iaitu Rahim dan Pak Ya (Ilya Buang). Turut kelihatan pelawak terkenal, Ropie Cecupak.
Hantaran Jep undang perhatian

Di ruangan kapsyen, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menulis kata-kata semangat supaya terus menjadi baik biar pun nama buruk di dalam cerita orang lain.
Jep turut menyertakan latar belakang lagu Kenangan Lalu nyanyian daripada kumpulan Flaybaits.
Peminat tak sabar tengok Sepahtu dan Ropie Cecupak
Hantaran berkenaan dihujani pelbagai komen daripada para peminat. Rata-rata meluahkan rasa teruja mengjangkakan Jep akan bekerjasama dengan Ropie.




Mereka tidak sabar menantikan apakah kemunculan yang akan dibuat pelawak-pelawak berbakat tersebut. Yang pastinya, peminat tidak akan kering gusi!
#OhmediaNasihat:
Seperti yang disampaikan oleh Jep, kita harus tetap menjadi baik walaupun orang lain mungkin tidak berlaku adil terhadap kita.
Ingat, kebaikan akan sentiasa memberi kesan positif dalam hidup kita, walaupun ia tidak dihargai sesetengah pihak.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Jep Sepahtu
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM