Oh! Artis
“Banyak Tolong Dalam Diam, Jenis Tak Uar-Uarkan” – Netizen Puji Jep Sepahtu Ziarah Ebby Yus
Pelakon senior Ebby Yus kini berdepan dengan ujian kesihatan yang menghalangnya bekerja selama empat bulan.
Menurut laporan dari Harian Metro, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, menghadapi kesukaran bergerak akibat masalah kesihatan yang semakin serius.
Keadaan kesihatan Ebby Yus merosot
Baru-baru ini, Ebby dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur dan perlu menjalani rawatan selama 17 hari di sana.
Dalam tempoh tersebut, beliau turut menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut untuk memudahkan rawatan dialisis air di rumah.
Doktor memutuskan kaedah ini kerana keadaan jantung Ebby yang tidak lagi cukup kuat untuk menjalani dialisis darah melalui leher.
Jep Sepahtu tampil sokong, netizen kagum

Antara rakan artis yang tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Ebby adalah pelawak dan pelakon Jep Sepahtu.
Jep meluangkan masa melawat sahabatnya itu dan turut berkongsi gambar bersama Ebby dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna, “love you bang.”
Perkongsian Jep mendapat perhatian ramai, malah rata-rata peminat memuji sikap rendah diri dan keikhlasan Jep yang jelas terserlah.
Patutlah rezeki tak putus, ramai orang dia tolong tengok tengok kan. Tahniah bang Jep.
Kata netizen, sifat Jep yang tidak perlu menguar-uarkan kebaikan dan bantuannya di media sosial menjadi inspirasi.
Mereka mendoakan semoga pelakon kegemaran ramai, Ebby Yus kembali sihat seperti sedia kala.
#OhmediaNasihat
Kesihatan adalah nikmat yang amat berharga. Melihat rakan artis seperti Jep yang hadir menyokong tanpa sebarang kepentingan peribadi, kita diingatkan tentang pentingnya mempunyai rakan yang setia dan menyokong di saat sukar. Sama-sama kita doakan semoga Ebby Yus diberi kesembuhan segera.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Jep Sepahtu
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM