Oh! Artis
Bella Astillah Didakwa Jaja Kisah Sedih Untuk Raih Simpati, Ini Jawapan Tuan Badan!
Pelakon, Bella Astillah tampil menjawab dakwaan segelintir individu yang menuduhnya menjaja kisah sedih di media sosial untuk meraih simpati.
Menurut laporan Oh Bulan, Bella menafikan tuduhan itu dan menegaskan kehidupannya kini penuh kebahagiaan bersama anak-anak dan keluarga tercinta.
Saya tak tahu bila saya dikatakan jual konten sedih. Saya rasa tak ada. Mungkin kalau hal anak-anak, biasalah kadang-kadang kita rindu. Tapi ini bukan pasal cerita sedih.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana kehidupannya kini bertambah baik bersama anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Bella Astillah nafi ‘gunakan’ anak-anak

Bella juga menafikan dakwaan bahawa dia sering menggunakan anak-anaknya untuk meraih perhatian.
Bukan tu jer, dia juga menjelaskan bahawa banyak kandungan yang dikongsinya adalah hasil rakaman individu lain semasa penggambaran.
Saya tak jual konten anak sebab mereka sentiasa ada dengan saya. Ada juga momen belakang tabir yang dirakam orang lain, saya hanya kongsikan semula di media sosial.
Ambil komen netizen secara positif

Bagaimanapun, Bella mengakui dia sentiasa mengambil komen orang ramai secara positif.
Tegasnya, setiap kritikan yang diterima dijadikan peluang untuk memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik.
#OhmediaNasihat
Kritikan dan tuduhan adalah lumrah bagi mereka yang berada dalam perhatian umum. Namun, seperti Bella, kita boleh memilih untuk fokus kepada kebahagiaan dan menjadikan komen negatif sebagai ruang untuk memperbaiki diri. Jadilah versi terbaik diri sendiri tanpa perlu memuaskan hati semua pihak.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM