Oh! Artis
Ruhainies Bersuara Selepas Dilabel Penunggang Agama
Pelakon sensasi Ruhainies, atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, tidak mahu ambil kisah apabila dilabel sebagai penunggang agama hanya kerana berkongsi amalan berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Menurut Ruhainies, dia hanya mahu berkongsi kebaikan amalan tersebut dan bersyukur kerana ramai yang menyokong. Malah, amalan ini kini menjadi rutin yang memberikan ketenangan dalam kehidupannya.
Ruhainies gembira ramai yang mahu sertai misi berselawat…

Kalau nak berprasangka buruk biarkan sahaja, saya cuma mahu kongsi amalan baik dan alhamdulillah saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama-sama dan ada juga baru nak mula.- Katanya.
Ruhainies turut berkongsi bahawa dia membawa alat zikir digital ke mana-mana sebagai teman setia. Selain itu, dia kini mengikuti kelas agama secara dalam talian untuk memperbaiki diri walaupun memilih untuk menjaga privasi dan tidak menghadiri majlis ilmu secara fizikal.
Apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tak lengkap kalau tertinggal jadi saya teruskan sahaja sampai sekarang sebab ibu pun sarankan saya buat kerana bukan sekadar dapat pahala malah mampu memberikan ketenangan.- Kongsinya.

Misi berselawat yang dimulakannya telah mendapat sambutan positif, dengan ramai pengikutnya di media sosial turut menyatakan minat untuk menyertai amalan tersebut.
BACA: Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Selama 40 Hari, Ajak Netizen Lakukan Bersama
#OhmediaNasihat
Berselawat bukan hanya mendatangkan pahala tetapi juga ketenangan jiwa. Jangan takut dikritik dalam melakukan kebaikan, kerana niat yang ikhlas adalah yang paling penting. Teruskan mencari ilmu dan jadikan amalan ini sebahagian daripada rutin harian kita.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM