Oh! Arena
Sam Sherring Bakal Menyarung Jersi Harimau Malaya?
Dilaporkan Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan pemain pertahanan dari kelab berpangkalan di England, Sam Sherring.
Sam yang kini bermain di kelab Divisyen 4, MK Dons FC dikatakan telah selesai proses dokumentasi dan bersedia terima panggilan pasukan kebangsaan.
Revolusi Baharu Harimau Malaya

Selain Sam, beberapa lagi pemain warisan dijangka akan menguatkan skuad Malaysia menjelang revolusi baharu yang akan berlaku Disember ini.
Semoga kehadiran pemain-pemain warisan ini dapat membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2027 yang berlangsung di Arab Saudi.
