Connect with us

Oh! Media

“Saya Amat Merindui Kamu” – Fattah Amin

Untitled Design   3

Oh! Artis

“Saya Amat Merindui Kamu” – Fattah Amin

Pelakon terkenal, Fattah Amin memuat naik satu Instagram Story dan meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak perempuannya, Fatima Aisya.

Kalau korang tengok video itu, Fatima dilihat sedang gembira bermain belon buih dan Fattah menulis kapsyen menggambarkan betapa sukarnya hidupnya tanpa kehadiran anaknya di sisinya.

Saya fikir akan kamu sepanjang hari dan waktu malam terasa sangat sukar kerana kamu tiada di sini. Anakku, saya amat merindui kamu.

Berpisah dengan Nur Fazura

Ohmedia fazura 3

Untuk info, Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. 

IKLAN

Kemudian, Fazura memfailkan perceraian pada 13 September 2024 selepas tujuh tahun mereka berkahwin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun. 

Fattah muat naik kenangan indah bersama Fatima

B74d2a31 e7e3 4b12 90ad 96f65a2cc2c6

Meskipun melalui detik sukar dalam kehidupannya sekarang, Fattah sering memuat naik momen-momen indah bersama Fatima sebagai tanda kasih sayangnya. 

Peminat turut mendoakan agar Fattah dan Fatima terus kekal rapat dan bahagia walau apapun yang berlaku.

#OhmediaNasihat

Dalam hidup, kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya tidak akan pernah pudar walau apa jua keadaan. Perpisahan mungkin memisahkan dua insan, tetapi hubungan seorang bapa dengan anaknya kekal utuh. 

Jadi, bagi yang berada dalam situasi sama, teruskanlah meluahkan kasih sayang kepada anak-anak kerana mereka adalah permata yang tidak ternilai.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fattah Amin


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas