Connect with us

Oh! Media

“Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik” – Cik Epal Pilih ‘Handle’ Masalah Cara Matang

Ohmedia cik Epal

Oh! Artis

“Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik” – Cik Epal Pilih ‘Handle’ Masalah Cara Matang

Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Cik Epal memilih untuk berdiam diri isu kemelut rumah tangga bersama cef pizza wagyu, Jofliam.

Menurut Cik Epal, sebolehnya dia enggan mendedahkan hal rumah tangga di media sosial dan mahu diselesaikan antara suami isteri sahaja.

Cik Epal

Pempengaruh ini enggan mengeruhkan lagi keadaan berharap situasi dapat dikawal secara tenang dan matang.

IKLAN

Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han & yuki. Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang.

Terdahulu, suaminya Jofliam mendedahkan rumah tangga retak menanti belah dan status perkahwinannya hanya akan disahkan selepas pulang dari pertandingan pizza di Itali.

Jofliam

Cef pizza ini mendakwa kemelut rumah tangga berpunca daripada staf toksik yang menabur fitnah sehingga kesetiaannya diragui.

Ohmedia cik Epal

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Cik Epal


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas